Hub FrogAsia

 Hub FrogAsia

Hub FrogAsia adalah lokasi perjumpaan yang ditetapkan di sekolah atau institusi kerajaan untuk guru berkumpul dan bekerjasama dalam usaha meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE. Hub diwujudkan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Oleh kerana komuniti ini sedang berkembang pesat, jumlah Hub akan sentiasa bertambah.

Apa yang berlaku di Hub?

  • Sesi Latihan - Dikendalikan oleh guru yang mahir dengan penggunaan Frog VLE, sesi latihan diadakan secara berpusat dan memberi tunjuk ajar lebih dekat bagaimana penggunaan VLE dapat membantu Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.
  • Perbincangan secara bersemuka - Berbincang, berbual dan dapatkan bantuan secara terus dari rakan-rakan guru dan Perunding Implementasi Frog hanya di Frog Hub. Anda boleh mendapatkan bimbingan hands-on, sesi perbincangan dan mempelajari tip-tip dari mereka yang pakar dalam VLE!
  • Komuniti Guru - Frog Hub adalah tempat yang sangat sesuai untuk guru-guru berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat, berkongsi tip mengajar di dalam kelas dan mengeratkan tali silaturahim!

Siapakah Guru Advokasi?
Terdapat sebahagian guru yang tidak hanya mendidik murid, tetapi bertindak lebih daripada itu. Mereka berusaha untuk memberi inspirasi kepada guru-guru lain juga.
Jika anda berminat untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan dan ingin berkongsi, memberi inspirasi dan memperkasakan guru-guru lain, jom sertai program Guru Advokasi! Sebagai Guru Advokasi, anda akan membantu para pendidik di negeri anda mengasah kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan lebih yang berkesan.

Jom ketahui lebih lanjut dengan melayari : http://frogasia.com/hubs/

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP