Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SK Taman Nusa Perintis

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SK Taman Nusa Perintis

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SK Taman Nusa Perintis. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad Khairi, SU Politik MB Johor dan Pengerusi Yayasan Penyayang MPJBT. Sampai aje kereta dah bersusun. Pergghhh... Tahun kedua melimpah ni. Mama dan yang lelain aku dah tinggalkan awal kat pintu masuk. Aku cari parking.

Sampai. Mama dah kat dalam. Aku kat luar ngan stroller. Cam tak berapa best pulak nak masuk dengan stroller yang tak berapa sesuai ni. So. Bincang. Aku dok luar dengan Fiqri. Dalam pun dah penuh kan. So, subkan kamera pada mama la. Aku dok lepak kat luar dengan parent yang lain yang juga dah tak dapat masuk dalam.

Sekali YB nak ibu bapa naik sekali untuk penerima anugerah. Adoihh.. Ngan si fiqri pulak dah nyenyak tido. Aku kata jalan aje. Tak kisah la aku takde atas pentas tu. Aku lepak aje ngan fiqri. Setel je anugerah UPSR, fiqri pun bangun dengan gembiranya. Seronok awak ye. So, aku dah dapat masuk dalam. Sebelum tu gi hantar semua barang ke kereta. So. Selesa sikit dok dalam.

Maka dapat la aku snap snap semula. Tapi dari belakang. Nak gerak banyak aku dah tak berapa sedap kaki hari ni. Dah la silap sarung kasut. Nak pakai safety boot. Tapi terlupa. Elok ja sarung selipar tu. Lagi la merenyam je rasa kaki. Sepanjang masa aku duduk aje. Amik gambo pun zoom aje ke pentas.

Iqa dapat anugerah 5A UPSR 2015, Anugerah Nilam, Nombor 3 dan subjek Matematik terbaik. Adik Inaz pulak dapat Nombor 1. Tahniah pada dedua. Cuma. Banyak tul halangan amik gambo dari belakang ni. Apapun. Tahniah pada pihak sekolah. Majlis berjalan dengan jaya sekali. Melimpah sekali parent hadir. Sekarang. Kena kekalkanlah kecemerlangan. Kipidap!



















Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2015 SK Taman Nusa Perintis











---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam