KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS BAGI TAHUN 2016

KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS BAGI TAHUN 2016

KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH SEAMEO QITEP IN MATHEMATICS BAGI TAHUN 2016. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Regional Centre for Quality Improvement of Teachers and Education Personnel (QITEP) in Mathematics mempelawa pencalonan daripada kalangan Guru Penolong Kanan/ Guru Cemerlang/ Jurulatih  Utama/ Guru Matematik Sekolah Menengah Atas/ Guru Matematik Sekolah Menengah Rendah dan Guru Matematik Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO QITEP in Mathematics bagi tahun 2016.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO QITEP in Mathematics menawarkan biasiswa-biasiswa bagi kursus antarabangsa seperti yang berikut:

Bil
Tajuk Kursus
Tarikh
Kumpulan Sasaran
Tarikh Tutup Permohonan
i.
Regular Course on Differentiated Instruction
20 April- 3 Mei 2016
19 April:  Arrival
4 Mei : Departure
Guru Matematik Sekolah Menengah  Atas
16 Mac 2016
ii.
Regular Course on Southeast Asia Realistic Mathematics Education
17 Mei-1 Jun 2016
16 Mei:  Arrival
2 Jun: Departure
Guru Matematik Sekolah Menengah  Rendah
25 Mac 2016
iii.
Regular Course on Developing Lesson Study in Mathematics Education
2-15 Ogos 2016
1 Ogos:   Arrival
16 Ogos: Departure
Guru Matematik Sekolah Menengah  Rendah
30 Mei 2016
iv.
Regular Course on Joyful Learning in Mathematics Education
24 Ogos – 6 September 2016
23 Ogos:   Arrival
7September:Departure
Guru Matematik Sekolah Rendah
30 Mei 2016

iv.
Regular Course on Teacher-made Teaching Aid
12-25 Oktober 2016
11 Okt: Arrival
26 Okt: Departure
Guru Matematik Sekolah Rendah

30 Mei 2016

Guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kursus multiplier effect kepada rakan guru setelah pulang dari kursus berkenaan. Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

Pengurusan, yuran dan tuntutan perjalanan guru/ pensyarah/ pegawai menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak penganjur. Penyertaan guru/ pensyarah/ pegawai hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang diterima akan disaring oleh Panel Pemilihan BPG dan permohonan yang layak akan dicalonkan kepada pihak penganjur.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Cik Siti Mariam binti Sulaiman, Sektor Dasar Keguruan, BPG dalam talian  03 88841067 atau di alamat emel mariam.sulaiman@moe.gov.my.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam