Muhasabah Diri di pagi Jumaat 20160325

Muhasabah Diri di pagi Jumaat 20160325

Muhasabah Diri di pagi Jumaat 20160325. Tetiba pagi ni dapat semangat baru. Tetiba pagi ni dapat duduk lama dok cermin diri semula. I totally lost something dari diri ni selama ni. My passion! Semua yang aku buat hanya demi tugas, tanpa setitis pun passion. Seriously.

Dua perkara membuka mata hati aku. Semalam. Seorang rakan share something dengan aku. A video. Pasal photojounalism. Satu bidang yang memang jadi minat aku sejak awal. The video show about macamana photojournalism practicer sekarang manipulate the scene. Tetiba aku jadi sebak. Aku sendiri dah berubah jadi macam tu. Aku ni dulu memang sangat minat dengan aliran ni. Aku sangat kuat dengan pegangan emotive. As is. Tapi. Sejak bila aku berubah. Kalau dilihat gajet aku sekarang. Kalau dilihat hasil aku sekarang. All nonsense banding ngan gaya aku dulu.

Kalau korang sempat nengok karya aku dulu di era fotopages, of coz dah tak boleh sebab akaun aku memang kena delete ngan fp sebab taksub anti sematik on the last breath of it hahaha. Memang sangat berbeza. Foto-foto dulu aku tak pernah arah orang nak posing ke gapo. Takde aku susun the scene. Tapi sekarang... The passion, memang dah hilang. Memang berbeza hasil tanpa passion. You can feel it actually. Hasil yang sangat berbeza.

Perkara kedua yang buka mata hati aku adalah ayat scene last dalam ola bola. Hahaha. Tu je kot yang bagi aku win. Dan perkara tu aje yang berjaya buka semula mata hati aku. Aku buat sebab aku nak buat benda tu. Bukan sebab lain. Beza sangat. Thanks sebab berjaya buka semula minda aku.

Bila fikir semula. Memang banyak perkara yang kita buat sekarang demi tugas. Aku? Dari kecik kot buat demi keluarga. Aku bukan orang sains. Seriously. Aku orang sastera. Mak bapak aku orang sastera. Dibesarkan cara sastera, tapi laluan kerjaya dihala ke sains. Bila kerja, first aku dapat jadi guru ICT. Memang tak payah mengajar pada waktu dan ketika itu. So, memang aku memang freely boleh buat something mengikut minat aku. Dan masa tu lah membugarnya kerjaya aku. Semua aku buat dengan minat yang sangat kuat. Every effort made with full of passion. Aku sangat penat. Tapi sangat gembira dengan setiap hasil yang aku dapat.

Bila aku ke PPD. Aku rasa disini bermulanya kerja tanpa passion aku. Semua aku selesaikan. Semua dijayakan tanpa gagal. Tapi. Aku pelik. Kerja macam tak putus. Aku tak sempat nak rasa kepuasan pun. Yang aku tahu. Siap. Kat sini aku perasan. Kerja kuat. Passion takde. Ko takkan ada kepuasan diri. Tak akan ada rasa nikmat pun. Lagi teruk kalau hasil dia tak sepertimana yang kita harapkan. Aku rasa aku dah sedar. There's something missing in me. Aku akan cuba mengubahnya. Memang akan penat. Tapi. Aku rasa aku akan berpuas hati. I need to get back that passion left behind!

ps : kenapa aku letak gambo tu. sebab tu salah satu passion aku dulu. I'm with the dark side. Hahahaha. Orang sokong penjejak laut, aku sokong penjejak neraka. Orang sokong zonan, aku sokong xinan. Layankan aje.

pss : korang juga akan dapati gaya penulisan aku akan sedikit berbeza selepas ni. Begitu juga gaya foto aku, maybe. Hope for the best!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam