Semua Sekolah Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Biasa Esok

Semua Sekolah Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Biasa Esok

Semua Sekolah Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Biasa Esok. PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Semua sekolah di seluruh negara termasuk di Perlis dan Kedah akan beroperasi seperti biasa esok (24 Mac) susulan pemantauan terhadap cuaca kering dan panas dalam tempoh 72 jam sehingga hari ini berada di bawah 38 darjah Celsius.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan bahawa semua aktiviti luar bilik darjah masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.

Kementerian turut meminta untuk pihak pengurusan sekolah memastikan bahawa bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah masing-masing.

"Pihak pengurusan sekolah turut diminta untuk sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kepada murid akibat cuaca panas ini," kata kenyataan itu.

Katanya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dikehendaki memantau bagi memastikan pematuhan perkara berkenaan oleh pengurusan sekolah di negeri dan daerah masing-masing.

"KPM juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut," katanya.

Pada Isnin lalu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup selama dua hari bermula Selasa ekoran cuaca panas melampau.

-- BERNAMA

--- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP