Kamen Rider Build : Suatu sinopsis awal


Kamen Rider Build : Suatu sinopsis awal. Siri bermula 3 September 2017. Kamen Rider ke-28 dan ke-19 bagi Era Heisei. Kamen Rider Build terhasil dari gabungan komposisi substant dari 2 botol berbeza. Kisah bermula dengan penemuan 'Pandora Box' di Marikh. Ketika dibawa ke bumi, ianya diaktifkan oleh seseorang ketika majlis sambutan menyebabkan Jepun terpisah kepada 3 bahagian menerusi 'Sky Wall'. Hukoto, di utara dengan penumpuan Kebajikan Sosial; Seito, di barat dengan penumpuan Pemulihan Ekonomi; dan Touto, di timur dengan penumpuan Perdamaian. Pengaktifan ini turut mengubah personaliti orang disekelilingnya.

Kisah bermula berkisar di wilayah Touto. Kisah anak muda genius yang hilang ingatannya, Kiryuu Sentou. Dia hadir mengalahkan makhluk aneh yang dikenali Smash yang mengganggu, dan mengumpul substact dari manusia yang di'miliki'nya. Substant ini kemudiannya akan diproses kepada botol yang akan digunakannya ketika menjadi Kamen Rider Build. dengan hadirnya  sebagai 'Smash'. Kamen Rider Build.

Kadangkala ingatan silamnya kembali. Samar samar dia melihat bagaimana dirinya dicipta oleh suatu makhluk kelawar. Ketika dia menyelamatkan seorang banduan yang melarikan diri dari Smash, cerita yang sama berkaitan makhluk kelawar dan proses menghasilkan 'Smash' semakin menguat dan mendorong Kiryuu untuk menyelamatkan banduan tersebut untuk lebih mengenali asal usul dirinya.

Pada aku, a bit slow. Mungkin awalan lagi. Kita tunggu episod dua dan tengok camne. Aku perasan sangat familiar dengan gaya wataknya yang lebih nak ke arah Kamen Rider W. Sekali selidik. Memang penulis cerita ni adalah juga penulis cerita Kamen Rider W. Kekeke.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam