PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Cacat Penglihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Cacat Penglihatan Bukan Alasan Tidak Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة

Dari Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum RA bahawasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata; Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang menuntunku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapatkan keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Saya tidak mendapatkan keringanan untukmu!" (HR Abu Daud No: 465) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Keutamaan solat Fardu bagi orang lelaki adalah di masjid

2.  Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang dibenarkan untuk solat di rumah

3.  Rasulullah mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan apabila mendengar azan).

4.  Imam Syafi’i dalam Mukhtashar Al-Muzani : “Adapun solat jamaah, aku tidaklah memberikan keringanan untuk ditinggalkan kecuali ada uzur.” (Ash-Shalah wa Hukmu Tarikiha, hlm. 107)

Apakah alasan kita untuk meninggalkan solat berjamaah di masjid, padahal kita dalam keadaan tidak buta, sihat tubuh badan, aman dalam  perjalanan, berdekatan rumah dengan masjid dan memiliki kenderaan?

Agaknya kita yang tidak pergi masjid ni cacat apa ye???

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

17hb Sept  2017
26hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied