Bauerfeind Arch Support : The Searching


Bauerfeind Arch Support : The Searching. Actually. Aktiviti aku banyak hari ni. Tapi aku tulis dua aje ler yang penting-penting aje kan. Yang ni salah satu darinya. Kisahnya. Pagi ni aku ada appointment ngan doktor. Nak kena amik darah. Haishhh. Dah aku gatai gi opis dulu. Pasal aku malas nak beratur tak bersebab katanya. So. Gi opis. Tapau sarap cam biasa. Lepas pantry. Makan. Sambil makan, aku lepak ngan Mus semak takwim. Banyak program nak kena jalan sebab dah nak masuk Oktober kan. Yang pastinya JPMN kena la jalan segala anak pinaknya ni. JPMN, MPS dan Promosi EKSA. Semua dah aku bincang ngan Mus. Ready surat semua. Baru aku gerak ke Mahmoodiah. Whoopps. Sempat layan ustaz azman pasal pengurusan asrama harian.

So. Selesai semua. Off I go to mahmoodiah. Alhamdulillah. Ngam ngam dapat parking. Tapi tetap la kena turun tangga dengan sopan santun bak penari inang kan. Sampai ja kat nurse. Soalan pertama je dah selesai semua segala apa yang aku tak jangka. Puasa tak? Of coz la aku telah melantak dengan jayanya sarapan aku dengan penuh berkrim. Haaa... Malam ni sila puasa ya. Sampai lepas amik darah baru la gi makan. Dissshhh!!! Esok kena mari lagi. Ingat tuuu. Mamandangkan kaki aku yang masih sakit bak dihiris sembilu bisa tu, aku sambung jumpa doktor. Jumpa je. Haisshhh. Tengok rekod ni dah berulang banyak kali ni. Doktor semak balik senarai semak ujian darah aku. Pastu. Pi fisio sana sekali lepas ni.

Maka bergegas la aku ke fisio. Kat sini paling lama. Dia semak rekod aku. Haaa.. sekali datang pastu terus tak datang yee... Saya masuk wad doc. K. Dia suruh aku berdiri. Memang kena belek habis la kaki aku. Doc kata a bit rata. Cacat sikit ni. Hehehe. Terus tengok jadual. Pas ni kita ulang semula. Dapat 3 list benda yang aku kena cari. 1. Arch Support. 2. Arch Sock. 3. Anlene. Yang anlene tu aku kena amal hari hari lepas ni. Memandangkan yang Arch Support tu hanya ada kat kedai Maycare di area Taman Pelangi, aku terus aje ke situ sebelum gerak ke BTPN. Singgah. Cakap. Sekali dia tunjuk. Pergghhhh! RM300 lam tangan beb for sepasang. Macam tau tau dah dapat gaji. Takpe. Jalan aje ler. Dia terus pasangkan kat kasut. Rasa ketat sikit. Takpe aaahh. Try dulu la kan. Pastu aku terus gerak ke BTPN. Jalan masih macam biasa. Dengan tarian zapin aku melangkah. Sekali sorang pun takde. Hampes tul. Dah la. Keluar gi makan tengah hari pastu singgah zohor kat TUTA. Kat situ la aku adjust balik sebab aku rasa a bit ketat. Aku koyakkan aje sole yang lama tu. Terus ganti yang arch support ni. Hmmm... Sedap sikit.

Next lepas ni ... arch sock yang katanya hanya ada kat Al-Ikhsan AEON Tebrau dan susu anlene. Wish me luck! Apa pun. Rasa sedap sikit malam ni tika menulis entry ni. Dapat stokin ni mesti lagi best ni. Apa pun. Esok nak cari anlene dulu la.

pagi. a bit jam



lepak lepak nunggu lif untuk turun


dah sampei

ni masa nunggu nak amik ubat. Study barang nak kena beli

sampai dah maycare

ni benda dia


masuk kasut. a bit high kan


pembungkus

lepas zohor. aku amik keputusan untuk adjust sendiri ketebalan. rasa mencengkam sangat kaki aku

kopek keluar yang lama dan ganti dengan yang baharu dibeli

yang lama

bauer nyer

dah setel

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam