PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Tergesa-gesa Menuju Ke Masjid


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tidak Tergesa-gesa Menuju Ke Masjid

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ جَلَبَةَ رِجَالٍ فَلَمَّا صَلَّى قَالَ مَا شَأْنُكُمْ قَالُوا اسْتَعْجَلْنَا إِلَى الصَّلَاةِ قَالَ فَلَا تَفْعَلُوا إِذَا أَتَيْتُمْ الصَّلَاةَ فَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

Dari Abdullah bin Abu Qatadah dari bapanya ia berkata, "Ketika kami solat bersama Nabi SAW, baginda mendengar suara kecoh orang-orang. Maka setelah selesai, baginda bertanya: Apa yang terjadi pada kalian?” Mereka menjawab, “Kami tergesa-gesa menuju solat.” Rasulullah menegur mereka, “Janganlah kalian lakukan hal itu. Apabila kalian mendatangi solat maka hendaklah berjalan dengan tenang, dan rakaat yang kalian dapatkan solatlah dan rakaat yang terlewat sempurnakanlah" (HR Bukhari No: 599) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Adab mengunjungi masjid untuk solat berjamaah:

a.  Orang yang menuju ke masjid untuk solat berjemaah, dia sedang mengerjakan ibadah yang agong dihadapan Tuhannya, perlu menghadirkan hatinya, dirinya dengan khusyuk dan tenang.

b.  Dituntut tidak tergesa-gesa dan kelam kabut mendatangi masjid untuk solat,  sehingga boleh mengganggu orang lain yang sedang solat (contohnya memasuki saf dalam keadaan termengah-mengah). Tenang di sini bukan bermaksud datang masjid dengan lambat hingga terpaksa masbuk.

c.  Sebagai makmum yang terlewat, ikutilah imam (tidak mengejar) dan apa yang tertinggal ketika mengikuti imam, maka sempurnakanlah (contohnya tertinggal 1 rakaat, perlu disempurnakan rakaat yang tertinggal apabila imam memberi salam).

d.  Diingatkan juga, apabila terlewat sampai ke masjid, teruslah berjemaah bersama imam walaupun hanya sempat mendapat satu rakaat atau hanya sempat bersama imam duduk di tahiyat akhir. Bukan buat jamaah baru atau solat sendirian.

Oleh itu elakkan dari tergesa-gesa dan sengaja lewat untuk ke masjid. Datanglah awal ke masjid agar tidak kelam kabut.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
13hb Sept  2017
22hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam