PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hubungan Munafik Dengan Solat Isya dan Subuh


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Hubungan Munafik Dengan Solat Isya dan Subuh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ

Dari Abu Hurairah RA katanya; Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah solat isya` dan solat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang mengimami mereka. Lalu aku bersama beberapa orang lelaki membawa kayu bakar untuk mencari orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, maka aku bakar mereka bersama rumah mereka." (HR Muslim No: 1041) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh (berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid)

2.  Syaikh Abdullah Al-Fauzan menyatakan: “Seseorang yang meninggalkan solat jamaah menunjukkan akan beratnya dia melaksanakan solat. Inilah petanda bahawa hatinya terdapat sifat munafik. Untuk jauh dari sifat tersebut, marilah menjaga solat berjamaah.” (Minhatul ‘Allam fii Syarh Bulughil Maram, 3: 365)

3.  Ibnu Mas’ud RA  berkata tentang orang-orang yang tidak hadir dalam solat berjamaah: “Telah kami saksikan (pada zaman kami), bahawa tidak ada orang yang meninggalkan solat berjamaah kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya atau orang yang sakit”.

4.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala yang terdapat pada solat isyak dan subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya (pergi ke masjid) walaupun terpaksa merangkak (kerana sakit).

5.  Rasulullah SAW memberi amaran bagi lelaki yang tidak ke masjid untuk solat fardu tanpa ada apa-apa keuzuran dengan memerintahkan seorang mengimami solat, lalu Rasulullah pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk membakar rumah-rumah mereka.

Ayuh jangan ada sifat munafik pada kita. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara solat isyak dan subuh dengan berjemaah di masjid. Jangan berasa berat dan malas hingga menghalang kita ke masjid.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
18hb Sept  2017
27bhb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP