PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
Dari Abu Qatadah As Salami, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." (HR Bukhari No: 425) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Masjid adalah rumah Allah yang perlu dipelihara adab dan tatalaku ketika memasukinya.
2. Pastikan kita memelihara hak masjid apabila kita memasuki masjid iaitu melakukan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk.
3. Rasulullah SAW pernah ketika sedang berkhutbah, mengarahkan seorang sahabat yang masih belum solat sunat tahayatul masjid untuk melakukannya.
Peliharalah hak masjid dengan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid setiap kali mengunjunginya.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
24hb Sept 2017
03hb Muharam 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan