Pendidikan Holistik


Pendidikan Holistik. Logo pendidikan holistik yang dah dimuktamadkan ini dipilih melalui penyertaan warga pendidikan seluruh negeri Johor.dan dilancarkan oleh mantan pengarah pendidikan negeri Johor dan diserahkan kepada pemangku sebelum beliau bergerak ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian.

KETERANGAN LOGO

Simbol GEAR melambangkan kepada softskill  yang perlu dikuasai mengikut fokus masing-masing. Lima gigi gear melambangkan lima (5) prinsip kerja DRONE     
  • D – Data Driven  
  • R – Resilient   
  • O – Outcome Oriented     
  • N – Navigate   
  • E – Efficiency
dan lima (5) entiti yang menjadi fokus      
  • Pemimpin    
  • Guru    
  • Anggota Kumpulan Pelaksana     
  • Murid     
  • Komuniti
GARIS PUTUS-PUTUS melambangkan simbol input  dan  output  digital yang menjadi keperluan kepada kemahiran kini dan akan datang. 
Sebelas  (11) garis melambangkan sebelas (11) daerah sebagai      pemangkin yang menjadi sistem  sokongan  dalam  memastikan  11  anjakan   Pelan  Pembangunan   Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  dapat difahami, dihayati dan diupayakan oleh institusi sekolah  

Simbol GLOBE melambangkan connectivity tanpa sempadan melalui hubungan jalinan dan jaringan yang bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian pendidikan

Dua (2) ORANG merah dan biru  melambangkan  ekspresi  dalam  memastikan aspirasi sistem dan aspirasi murid dapat dipenuhi serta dilestarikan selain menerima dan meraikan perbezaan.

GRAF dan ANAK PANAH melambangkan sembilan (9) kecerdasan pelbagai  yang  ada pada setiap manusia dan perlu digilap untuk membina kecemerlangan diri yang seimbang.

KANTA sebagai pelambangan alat pengesan kepada setiap ruang yang memerlukan penambahbaikan.
gatal gatal tangan juga nak try

tengah cari idea lagi

proses penjurian berlangsung

leh tahan juga penyertaan logo ni

satu demi satu diteliti
 
--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam