Balas dendam


Balas dendam. Amik kau. Sampai 4 hari tidur atas katil tu aje. Dia punya balas dendam bukan sikit-sikit. Masa pembukaan sekolah itu hari lupa semua, sibuk ke sana; sibuk ke sini. Macam kau takde masalah apa-apa. Sedangkan, realiti sedar betapa dah hampir 5 tahun rilek-rilek ja jalan jaga kaki tu. Sekali malam sabtu tu terus terasa lain macam. Sudah. Kalau dulu memang dah terus ke klinik cari ubat. Tapi PKP ni mengajar bahawa klinik jam 8 pagi baru buka; sabar menanti dalam kesakitan aje la semalaman tu. Jam 8 pagi. Cuba bangun. Sahih. Kaki dah sakit sangat dah ni. Tapi masih boleh lurus walau tak la lurus sangat. Jumpa doc. Banyakkan berehat. Ulangi balik apa yang aku belajar semasa dengan sesi fisioterapi dulu. Dapat MC dua hari. Balik. Makan ubat. Memang super mengantuk. Dua hari aku dihabiskan dengan tidur aje. Lalok habis ubat kali ni. Petang Isnin. Makin tak boleh gerak aku rasa ni. Kalau nak banding dengan gaya duduk, kali ni dah tinggal 90 degree je bukaan kaki aku ni. Tok leh jadi. Cuba jalan. Sohih makin teruk ni. Doc biasa aku. Dia tukar ubat. Another 2 hari MC. Kalau Rabu masih takde progress baik, bakal terus refer ke orthopedic. Alhamdulillah. Ada kemajuan. Tapi. Sampai sekarang masih ada sengal. Kena berjaga semula la ni. Hurmmm... Moga dipermudah segala urusan. Kena la jaga pantang semula ya pasni. Jangan dok ingat awak tu sihat sangat.   
seawal buka aku dah sampai

kaki kanan masih boleh hampir diluruskan

sempat snap sebelum balik gitu

snap untuk opis sementara nunggu naik nanti

ubat dia. super ngantuk sampai tokleh buat apa apa

petang isnin. dah makin tokleh lurus dah

huhuhu

another mc

ubat pun dah bertukar servis


--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam