Gleneagles Hospital Medini Johor - warded for treatment


Gleneagles Hospital Medini Johor - warded for treatment. At last aku ke hospital jua. Memang dari awal klinik dah maklum, kalau masih sakit diaorang akan buat refer letter ke hospital. Kebetulan petang selasa tu aku masih rasa sakit. Dah dekat dua minggu aku pakai knee support. Dr Yap yang check aku pun suruh baring. Ini memang kena ke pakar dah ni katanya. Ada sindrom apa ntah, aku dah lupa. Dia suruh jumpa sifoo dia kat gleneagles. Terus dia call dan buat appointment jam 8.30 pagi untuk aku dengan Dr suhaeb. So. awal pagi aku gerak ke gleneagles. Pening. First time sampai sini. Park kat belakang. Masak la nak menapak. Mana nak tau kan. Lif pun lum buka. Guard bawak aku masuk ikut lif staf terus ke lobi. Sampai lobi, staf yang sambut aku terus sorongkan whellchair. Teruk sangat ni cik. Memang hospitality staf kat sini sangat sangat bagus.

Selesai pendaftaran tunggu jap sementara pejabat doktor dibuka. Ada staf yang bantu aku ke pejabat doktor di tingkat 5. Jumpa doktor dan terus buat check-up dan perbincangan. Aku akan buat pemeriksaan as outpatient dahulu. Ujian darah, MRI dan x-ray. Doktor buat dan clearkan yang penting dahulu. Masa MRI tu yang paling sakit pernh aku rasa. Bukan sebab proses tu tapi sebab kaki aku yang kena lurus dan stabil. Sampai saat akhir aku dah tak tahan. Tekan jugak button sampai 4 kali. Minit-minit akhir tu memang hampir nak give-up. Staf maklum tinggal 1 minit lagi cik. Dan aku rasakan kiraan 1 sampai 60 yang paling lama pernah aku buat. Dari 45 minit, drag sampai sejam setengah MRI aku tu. Sama juga dengan x-ray. Sian staf yang kena attend aku hari tu. Sakit beb menahan.

Selesai semua terus jumpa doktor. Ligamen awak bengkak terus depan belakang. Depan paha dan belakang lutut. Ada juga bacaan asid urik yang lebih. So. Petang tu terus masuk ward untuk rawatan lanjut. So. Doc beri ice cyro 24 jam untuk mengurangkan sakit. Tapi malam tu terpaksa dihentikan sebab suhu aku terus meningkat. Sampai cecah 39 degree. Sian mama malam tu. Jelum air tak berhenti. Nurse masuk setiap jam untuk semak suhu. At last suhu aku turun jadi stabil semula. Maybe sebab sakit sangat menahan masa MRI dan X-Ray kot. 

Ice cyro diteruskan semula paginya. Aku actually tak rasa sangat kaki aku. Maybe sebab icr cyro tu. Pagi dan tengah hari ni rasa sedap tul makan. Banyak benda yang aku pantang selama ni dihidangkan dan doktor pun kata just eat. Pagi makan kuey teow dan tengah hari makan salmon kicap beb. After this aku akan teruskan rawatan di rumah as ini bukan hospital panel insuran aku. Akan jumpa semula doc Suhaeb on Monday. Harap ada progress sebab kalau takde akan ada rawatan susulan yang lain yang aku tak nak sebut pun sebab aku tak mau dan harap tak berlaku. MC diberi 10 hari sampai 28 Ogos. Hope for the best.
gi klinik dan dr yap bagi aku painkliller dan surat referal ke gleneagles

awal pagi aku dah sampai sini

nunggu pendaftaran

besar hospital ni. sekali masuk cam shopping complex pun ada

enjoying my time tunggu doktor

proses saringan kat pintu utama

setel amik darah

setel semua. iqa pun dah sampai

dah bergelang putih dah

lepak kat bilik nunggu mama datang bawak barang

sementara tu kaki aku dah mula dipasang ice cyro

makan malam ni

suasana malam dari tingkap aku

nurse bawakkan tuala untuk aku

mama sempat snap tu masa ni memang suhu aku naik meroket

pagi yang cemerlang

sempat gitu mama snap

pepagi pun dah buka laptop. ada la sikit kerja urgent nak disiapkan

sempat juga browse cari harga barang ni. hmmm.. leh dapat PS4 ni

sarapan pagi ni

yummy

wow. signature dish tu

memang sedap beb

makan sama cam semalam. menyenget sebab kena beri laluan pada lutut

kena snap lagi

dan lagi

bersama dr suhaeb pakar orthopedic

actually kami sama umur. dia yang cakap dulu masa aku masuk

di mana ada aku, disitu ada wayar. banyak

makan tengah hari

ni semua pantang aku ni dulu

mama suapkan, aku makan aje

layan

amik ko. fish. kicap.

licin. benda kegemaran yang dah lama aku pantang

ready untuk check out

more from mama


wefie dulu ye

port baharu kat rumah yang mama buat untuk aku

belek belek jap CD dari doktor

yang putih tu bengkak yang jadi

k. port baharu untuk 10 hari. Harap yang terbaik dan dipermudahkan olehNya

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam