Sabtu, 20 Mei 2017

Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017


Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017. Pagi tadi ke SK Taman Nusa Perintis. Ada program motivasi untuk pelajar tahun 5 dan 6. Sebelum tu. Gi makan dulu kat nusantara. Dekat dua bulan aku tak pakai jam. Pagi ni baru pakai semula. Lain macam pulak rasanya. Kaki. Toksah cerita. Berdenyut semacam ni. Seminggu punya penangan. Jalan sana sini. Cuma kali ni effect dia lewat sikit. Dah habih semua baru mula nak terasa. Nampak macam minggu depan aku stay ofis aje la gini. Ni pun dah rasa lain macam sangat dah ni. Jalan dah makin mula perlahan dah. K. Berbalik pada program ni. Baru ja duduk lam dewan tetiba pengumuman dibuat. Ibu bapa ke bilik muzik. Anak di dewan. Hokaloh. Malas tul aku nak gerak. Tetambah dalam keadaan gini. Tak pe la. Gagahkan jugak merayap ke bilik muzik. Ada perkongsian antara YDP SK Medini berkenaan KSIB di sekolahnya. Selesai aje terus dilancarkan laman web KSIB SK Taman Nusa Perintis. Aku semak dibuat pada tarikh keramat 16 Mei 2017. Tahniah. Nak lawat boleh gi url muafakatsktnp1.com. Seterusnya diikuti dengan penyerahan pelantikan ketua-ketua biro KSIB. Selesai aje semua parent masuk ke dewan untuk turut serta dalam program motivasi bersama anak-anak. Bila aje motivator perkenal diri. Loh. Kenal ni. Hehehe. Kawan adik mama. Dulu dia pernah bukak restoren kaler ungu sebelah maybank tu. Kalau korang ingatlah kan. Memang terbaeekkk!!!! Seronok nengok kebudaks teruja dan termotivasi cenggini. Sejak dok kat jabatan mana la aku ada join lagi program cenggini. Nak kata rindu sekolahlah tu. Hehehe. Sebelum balik sempat photoshoot reramai. Singgah Warung Pit tapau lunch. K. Layan lah ye foto-foto sepanjang hari ni. Enjoice!

jam yang dah dekat dua bulan aku tak pakai

pendaftaran pagi

sempat semak dulu tentatif

mama sempat menanda kertas tuh


bacaan doa


emcee of the day



ucapan aluan guru besar



ydp sk medini mula berkongsi ceritera








sesi soal jawab


pelancaran web ksib sk taman nusa perintis

yok reramai

perlantikan ketua KSIB SK Taman nusa perintis


diikuti dengan ketua setiap biro







jom pakat join kat dewan pulak





sesi perkenalan diri
















sapu sapu tangan

cak aaaa

kekeke







sesi pertandingan berpasangan




sapa belalang

sapa belatok



angah dah ready nak lawan


sesi air mata

jangan tanya pasal apa aku sinyum aje






ini hati ada sikit kiring daaa



cenderahati pada motivator


group photo




sempat posing posing sama

angah siap tunjuk tempat dia jatuh itu hari

lepak nunggu lunch siap ditapau

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: