Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View


Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View. Yang pasti. Hari ni penat. Sampai kat situ awal. 7.15 pagi dah sampai kat stadium. Parking. Terperasan seseorang yang aku rasa sangat aku kenal. Yup. Member lama. Gi borak borak jap. Sambil berjalan baru aku tahu yang dia la ni dah jadi pegawai khas KPPM. Tak sangka noo... Hahaha. Ronda jap around tempat pendaftaran. Ronda masuk. Sekali en. Baba panggil. Dua isu. Azhar BTPN dan Pegawai Media Pejabat PM. Hmmm... Setelkan jap. Ronda luar jap. Sempat selfie ngan artis hari ini. Terbaeekkk!!!! Kalau korang perasan pun. Aku memang lebih banyak bergambar dengan rakan-rakan lama daripada VIP. Memang habit dari dulu kot. Orang belakang tabir. Kecuali deme datang, kena la entertain kan. Masuk dalam. Cari tempat paling strategik mengikut amalan aku, Wakakaka. Memang aku pun dah tak larat nak jalan or berdiri lagi dah pun sebenarnya. Terus aku lepak aje kat situ sampai la majlis habis. Sempat borak ngan cikgu Aziz. Dah jadi pengetua dah. Dapat anugerah TMK tuh semalam. Lepas tu layan majlis. Seronok juga dengar ucapan bersahaja daripada ketiga-tiga pimpinan. Santai yet berwawasan. Selesai semua. Keluar. Lepak jap nunggukan program GM1M pulak yang mengambil tempat. Sambil sambil aku luruskan kaki kat tembok tepi tu. Selesai semua. Baru terasa lapar. Hari ni makan kat Jakarta. Sesambil nengok gambo-gambo hari ni. Layan ye. Sambil tu yok kita layan intipati ucapan TPM hari ni hasil kongsian dari cikgu Rahmat KP GM1M Selangor

  1. Hari ini merupakan hari besar buat warga pendidik seluruh negara. Kerajaan menunjukkan komitmen yg besar kepada warga pendidikan.
  2. Guru sbg ikon, pemangkin, hero yang tidak didendang, pemacu kpd pembangunan negara bangsa.
  3. Nasib dan kebajikan guru perlu dibela. Perkhidmatan seramai 435,000 orang perlu diberi pengiktirafan dan perlu ambil peduli.
  4. Citarasa dan kepedulian kpd guru2 muda (berumur 40thn ke bawah) amat penting.
  5. Profesion keguruan dan tanggungjawab perlu diseimbang dan memberi kelangsungan kepada anak2 didik.
  6. Guru duka lara telah diberi perhatian dan perlu diberi perhatian lagi.
  7. Pengarah, PPD, pengetua, guru besar, penolong kanan, guru perlu diberi perhatian dan kepedulian.
  8. Keterlibatan dalam sahsiah anak2 ditingkatkan dan diterjemahkan dalam kurikulum.
  9. Guru diiktiraf sbg ikon komuniti di seluruh negara. YAB TPM sbg pendokong utama guru2 di Malaysia.
  10. 48% guru muda - sistem pendidikan diremajakan. Penekanan kpd rasa emosi dan keimanan yang kukuh. Keintelektualan diselaras dgn emosi dan keimanan agar pendidikan berada dalam acuan Malaysia.
  11. semua pihak bertanggungjawab dan bukannya disalah kepada sesiapa shj dalam isu2 pendidikan.
  12. Kelab pencegahan jenayah diwujudkan di setiap sek supaya usaha menurunkan indeks jenayah dan PIBG memainkan peranan.
  13. Komitmen guru amat penting dlm menangani isu jenayah remaja.
  14. Guru lakukan yang terbaik. 
  15. TVET disokong sepenuhnya agar negara tidak bergantung dengan tenaga pasaran dri negara lain.
  16. Asimilasi sosial boleh diubah apbila guru2 diberi kepedulian yg tinggi. Yakin, guru2 akan berada di hadapan dalam tingkat sosial komuniti.
  17. Kepemimpinan perlu mempunyai niat yg baik utk bawa negara bangsa.



bersama artis of the day

selingan ghazal






bos pun dah ada kat bawah

selingan koir dari team PIBK. terbaeekkk!!!!





artis of the day pun nyanyi woh



petikan biola yang best




cikgu aziz datang meronda. layan borak jap

pun member lama jugak ni. tak sempat gi ngusik





suasana dewan ketika ni


dah mula nyanyian lagu







emcee



bacaan doa daripada timbalan pengarah BPI


pembuka bicara daripada YB Menteri Pendidikan















giliran YB Menteri Besar Johor menyampaikan ucapan








YAB Timbalan Perdana Menteri










gimik pelancaran





penyampaian sumbangan kerajaan negeri sebanyak 2.1 juta


bacaan ikrar diketuai oleh KPPM sendiri


Tokoh guru bersama pimpinan tertinggi



nyanyian lagu aku negaraku






sambung dengan pelancaran Kembara Pendidikan Nasional 2017





peserta dilepaskan



lepak jap ngan en fizul

layan nasi ayam penyet jakarta. hahaha



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied