Selasa, 10 Januari 2017

TAWARAN BIASISWA YTM EDUXCEL JR. YAYASAN TM 2017


TAWARAN BIASISWA YTM EDUXCEL JR. YAYASAN TM 2017

Yayasan TM dengan sukacitanya ingin mempelawa pelajar Tingkatan 4 2017 yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa YTM EduXcel Jr. 2017.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN

  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2017 sahaja.
  • Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5A bagi keputusan peperiksaan PT3 2016.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.

2. PAKEJ BIASISWA

  • Elaun poket RM 1,500 setahun (bagi pelajar bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)
  • Peluang mengikuti program pembangunan

3. CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat: https://www.tm.com.my/ytm
  • Sila baca panduan mengisi borang di bahagian permohonan sebelum mengisi borang permohonan
  • Kemukakan Borang Senarai Semak Dokumen berserta dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 31 Januari 2017:
    • Satu keping gambar berukuran paspot,
    • Satu salinan kad pengenalan / sijil kelahiran,
    • Satu salinan keputusan PT3 terkini,
    • Satu salinan Slip Gaji / Borang J / Pengesahan Pendapatan Ibu & Bapa / Penjaga),
    • Satu salinan kad anggota ibu/bapa (untuk ibu/bapa atau penjaga yang masih bertugas di TM dan anak syarikat sahaja) *
    • Satu salinan surat cerai / mati / kad OKU, jika berkaitan
    • Salinan Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum terkini (Salinan sijil kokurikulum tidak perlu dikemukakan)*jika berkaitan

kepada:
Sekretariat YTM EduXcel Jr. 2017,
Yayasan TM, Aras 14(S),
Jalan Pantai Baharu,
50672 Kuala Lumpur

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses atau dipertimbangkan.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara dalam talian. Bagi permohonan yang tiada
jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan dalam talian: 31 Januari 2017

Sebarang pertanyaan, sukacita dipohon untuk menghubungi di talian
03-22401594 (Ihsan Said)
03-22400293 (Nurul Eleena)

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: