Matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tersasar?


Matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tersasar? Lama aku tak ngomel panjang. Hari ni aku rasa sangat kecewa. Serius. Benar-benar kecewa. Hari tu cuma titik mula kekecewaan. Apa sebenarnya matlamat SBP, dan sejauh mana ibu bapa membantu menyokong hasrat asal penubuhan SBP. Sebab. Aku makin tak nampak apa kecuali semua kemewahan diterapkan di asrama. Apa yang nak, semua ada. Food truck, dobi, mesin air. Hebat. Sama ja macam kehidupan di luar. Cuma cara hidup tu bukannya daripada gaya hidup marhaen. Aku tengok macam iqa pun dah banyak lari tersasar. Dah gaya hidup kat situ gitu. Pening kepala aku. Duit ni macam takde nilai. Macam air je. Semua ada. Yang penting. Ada duit. What do you expect? Aku memang nak iqa bercampur dengan murid projek khas. Belajar erti kesusahan. Belajar menilai erti jerit perih. Bukannya hanya belajar pintar akademik semata-mata. Pengalaman itu sangat bernilai. Tapi...

Aku dulu. Nak kata kantin. Sepanjang aku duduk asrama, lima kali pun tak sampai untuk sepanjang berada kat situ. Tu pun sebab cikgu buat jamuan kelas. La ni. Toksah kata. Kantin lebih dikenali berbanding dewan makan. Terbaca satu artikel berkenaan PIBG yang banyak memanjakan anak-anak. Sekarang ni aku percaya. Sangat sangat percaya. Sangat sangat lari. Sepatutnya kita biarkan anak-anak ini berdikari. Ini terbalik. Apa yang anak kurang, bawak masuk ke mesyuarat untuk adakan. Memang terbalik sungguh. So. Apa yang nak susah lagi kan. Semuanya ada. Kalau kat rumah macam tu, mesti kat asrama pun cenggitu. Malah lebih dari tu. Tetambah bagi golongan marhaen. Kat rumah pun takde benda benda macam tu. Apa dah jadi?

Bukannya tak pernah aku duduk asrama. Murid asrama. Warden asrama. Cikgu SBP. Semua aku dah rasa. Bila timbul perkara macam ni, orang yang paling aku ingat adalah bos pertama aku. Pak Pin. Simple. Tak boleh ikut cara hidup di asrama, pack barang dan pilihlah mana-mana sekolah yang lain. Aku salute bos pertama aku. Tak layan punya. Masuk SBP, hidup cara SBP. Berdikari. Hayati nilai sebenar, hayati kenapa SBP diwujudkan. Apa yang pasti minggu depan memang kena potong lagi duit saku iqa.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP