Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor


Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 negeri Johor. Pagi ni gerak awal sikit dari rumah. Nak sampai awal ke JPN. Naik kenderaan jabatan ke ADTEC Batu Pahat untuk jerayawara STEM 2017. Sampai sana orang dah ramai. Semuanya GPK1 sekolah menengah negeri Johor. Sarap dulu kat cafe. Jam 10 aktiviti bermula dengan ucapan aluan KS SPA. Seterusnya giliran Pembentang pertama, Dr. Shamsudin dari EPRD. Intipati taklimat berkenaan Sejarah dasar 60:40 sebelum konsep STEM dijelaskan. Pelan tindakan Stem nasional 2017 - 2025 yang menggariskan 7 strategi utama diperjelaskan yang mana terdiri daripada :

  1. 5 strategi pemupukan kesedaran
  2. 7 strategi peningkatan kualiti PdP
  3. 4 strategi pengukuhan infrastruktur dan fasiliti
  4. 3 strategi peluasan peluang kerjaya
  5. 3 strategi pembudayaan R research, D development, C commersial & I 
  6. 3 strategi pengharmonian data
  7. 5 strategi pemerkasaan kerjasama strategik

Beliau turut memperkenalkan group khusus Facebook untuk STEM yang boleh dicapai meneruti kata kunci Pendidikan STEM di Malaysia atau layari pautan ini : https://www.facebook.com/groups/273561703059185/

Seterusnya disambung oleh En. Mohd Rizal dari BPSH yang memperkenalkan berkenaan School Lab. School Lab ni pertandingan untuk pelajar sekolah menengah. Hasil akhir yang akan dipersembahkan adalah video dan live presentation. Macam pertandingan inovasi cuma murid akan bentang projek sains dalam bentuk kreatif. Dipertontonkan juga video 2 juara bagi pertandingan tahun lepas. Menarik! Projek dengan kerjasama British Council ini boleh dilayari di pautan berikut : https://www.britishcouncil.my/programmes/education/schoollab

Seterusnya kami berehat untuk makan tengahari dan solat sebelum giliran pembentang terakhir iaitu Pn. Nor Faezah dari BPK yang membentangkan berkenaan Pendidikan STEM di sekolah. Antara yang dibincangkan adalah elemen PdP STEM yang terdiri daripada 3 komponen iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai. Seterusnya tiga strategi PdP STEM iaitu Inkuiri, Penyelesaian masalah dan Berasaskan projek turut dibincangkan sebelum sesi berakhir. Untuk bahan sepanjang jerayawara ini, ianya boleh diperolehi menerusi pautan berikut :

























































---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN