Masjid Jamek Gelang Patah 20170113 : Intisari Khutbah Jumaat


Masjid Jamek Gelang Patah 20170113 : Intisari Khutbah Jumaat

Tarikh : 13 Januari 2017/14 Rabbiul Akhir 1438
Tajuk : Nikmat Syurga Atau Azab Neraka

  1. Bertaqwa kpd Allah - laksana segala perintahNya; tinggalkan segala laranganNya; semoga beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
  2. Seksaan api Neraka - berulang kali di nukilkan; payah utk diambil pengajaran; masih berpaling dari kehidupan akhirat kpd kehidupan dunia semata; lupa t/jwb sbg hamba Allah dan khalifah di bumi sementara ini.
  3. Buku Amal - dibahagikan kpd setiap manusia; catatan dibuka di hadapan pelaku masing2; para Malaikat dan para Nabi sbg saksi atas segala perbuatan; anggota tubuh badan akn berbicara; amal perbuatan akn ditimbang di Mizan Allah.
  4. Selesai pengadilan - orang soleh dipisahkan dgn orang yg derhaka; kaum mukminin menuju Syurga; orang kafir dan kaum munafiq diiring ke Neraka.
  5. Di pintu Syurga - orang mukmin disambut oleh para Malaikat; khabar gembira; kebahagiaan yg kekal abadi.
  6. Di pintu Neraka- orang kafir dan munafiq di sambut dgn caci maki serta kasar dan menakutkan; diancam dgn seksa pedih selama-lamanya spt firman Allah dlm Surah Al-Hadid ayat 13.
  7. Di dalam Syurga - taman yg indah terbentang luas; tempat istirehat yg luas; sungai-sungai dgn airnya yg sejuk; susu & madu serta minuman yg segar; apa jua yg diinginkan akan tersedia.
  8. Suasana dlm Syurga - pakaian dari sutera; suara-suara puji dan syukur kpd Allah; tidak berbicara perkara sia-sia; tiada hasad dengki atau irihati; para pelayan bidadari sediakan minuman yg lazat; segala kenikmatan yg  tidak boleh dibayangkan.
  9. Suasana dlm Neraka - utk yg tidak punya Nur Iman dlm hatinya; para penderhaka dikumpulkan; suara-suara yg menakutkan; ngeri dan menggerunkn jiwa; para Malaikat yg keras lagi kasar; ahli sbg kayu2 bakarnya.
  10. Penghuni Neraka - diberi minuman air yg sangat panas dan bau busuk; ketika diminum usus-usus menjadi terputus-putus dan hancur; makanannya dari pohon zaqum yg menyebabkn perut terbakar; setiap kali kulit hancur terbakar akn diganti dgn kulit baru; ditemani oleh syaitan jin dan para penghianat.
  11. Firman Allah melalui Surah Al-A'raf ayat 50 yg bermaksud : "..ahli neraka menyeru ahli syurga; limpahkanlah kpd kami sedikit dari air atau dari rezeki makanan yg telah dikurniakn Allah kpdmu. Maka ahli Syurga menjawab; sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir.."
  12. Sejauh mana persediaan kita - tentang mati, persoalan kubur, hari qiamat; hisab, titian syirat, syurga & neraka.
  13. Firman Allah dalam Surah Al-Asr ayat 1-3 yg bermaksud; "..demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dgn kebenaran serta berpesan-pesan dgn kesabaran.."

Barakallahuli walakum...










---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam