Masjid Jamek Gelang Patah : 20170127 Khutbah Jumaat


Masjid Jamek Gelang Patah : 20170127 Khutbah Jumaat dengan tajuk Alam Kubur.
            
1)Taqwa- sebaik2 bekalan menghadapi kematian; laksana segala perintahNya; tinggalkan segala laranganNya; mudah2an aman dan damai keadaan kita d alam kubur kelak.

2) Perkara2 yg benar- mati; pertanyaan Malaikat Munkar Nakir; nikmat dlm kubur; azab dlm kubur.

3) Firman Allah surah Ruum/19 bermaksud: "Ia mengeluarkn sesuatu yg hidup dari benda mati dn mengeluarkn benda yg mati dari sesuatu yg hidup serta menghidupkn bumi ssudah matinya dn sedemikian itulah kamu akn dikeluarkan (hidup semula dari kubur)".

4) Alam kubur- tempat persinggahan pertama sblm menuju ke akhirat; tempat permulaan manusia di hukum; bahagia atau derita d alam kubur maka bahagia atau derita d alam akhirat.

5) Sabda Nabi SAW bermaksud: "sesungguhnya kubur itu rumah pertama dari rumah2 akhirat, barangsiapa selamat darinya maka mudahlah selepasnya dn jika tidak selamat darinya maka sulitlah selepasnya".

6) Nikmat atau azab kubur- wajib d percayai; d yakini dn d imani; walau tidak dapat d lihat; ia perkara sam'iiyat.

7) Bekalan ke alam kubur (kenikmatan)- perbanyakn amalan kebaikn semasa d dunia; jaga lidah dn kemaluan; cari yg halal; rajin baca Al-Quran; pelihara solat.

7.1) nikmat kubur- d pamir keindahan Syurga; d perluaskan kuburnya; cahaya yg menerangi ibarat taman2 Syurga.

8) Bekalan ke alam kubur (siksaan)- kufur ingkar perintah Allah; ahli maksiat; pendusta; zalim; sebar dn amal fitnah; amal riba'; tinggalkan solat.

8.1) siksa kubur- himpitan kubur; kegelapan kubur; sengatan ular dn kalajengking; pelbagai siksaan lagi.

9) Amalan doa dari Rasul SAW bermaksud: "wahai Tuhanku! sesungguhnya aku berlindung dgnMu dpd fitnah api Neraka dn dpd azab api Neraka dn aku berlindung dgnMu dpd fitnah kubur dn dpd azab kubur dn aku berlindung dgnMu dpd fitnah kekayaan dn aku berlindung dgnMu dpd fitnah kefakiran dn aku berlindung dgnMu dpd almasiihiddajjal".

10) Firman Allah surah Al-an'am/93 bermaksud: "dan
(sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang2 yg zalim itu dlm penderitaan sakaratul maut (ketika hendak putus nyawa) sedang Malaikat2 pula menghulurkn tangan mereka (memukul dn menyiksa orang2 itu) sambil berkata: "keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh badan kamu sendiri), pd hari ini kamu d balas dgn azab siksa yg menghinakan..........."

Baarakallaahuliiwalakum...









---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied