UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2014


UCAPAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2014

Esok seramai 455,839 orang pelajar di seluruh negara bakal menduduki peperiksaan SPM.

Kementerian Pendidikan telah membuat persiapan dengan rapi agar peperiksaan dapat berjalan dengan lancar.

Kepada para pelajar, lakukanlah yang terbaik. Buat persediaan yang mencukupi dan hadapi peperiksaan dengan tenang. InsyaAllah, anda semua bakal beroleh kejayaan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh guru-guru. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tanpa jemu memberikan dorongan serta sokongan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan esok.

Marilah kita sama-sama berdoa agar para pelajar kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang.


YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
2 November 2014

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam