Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015


MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2014 berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan satu pada tahun 2015 di Semenanjung
Malaysia. MARA memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga miskin
bandar dan luar bandar.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan
memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

  •  Amanah, rajin, berdikari, bersyukur, patriotik dan self driven.
  •  Berbudi pekerti dan hormat-menghormati hak sesama pelajar dan orang lain.
  •  Bersedia menerima serta mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh disiplin.
  •  Sihat tubuh badan.
  •  Bersedia menjalani program latihan kecergasan fi zikal.
  •  Kesanggupan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  •  Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  •  Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Terdapat tiga program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

1. MRSM - Program ’Sistem Pendidikan MRSM’ (SPMRSM)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia serta menggabungjalinkan prinsip pendidikan pintar-cerdas dan pembudayaan nilai-nilai keusahawanan.
MRSM terlibat :
• Beseri • Kubang Pasu • Pendang • Merbok • PDRM Kulim • Balik Pulau • Transkrian • Gerik • Pasir Salak • Lenggong • Pengkalan Hulu • FELDA Trolak • Terendak • Muar • Pontian • Mersing • Muadzam Shah • Kuala Krai • Jeli • Tun Ghazali Shafie • Kuala Terengganu • Kuala Berang • Besut • Pasir Tumboh

2. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
MRSM terlibat :
• Gemencheh • Kepala Batas • Kota Putra

3. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certi cate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
MRSM terlibat :
• Tun Abdul Razak • Batu Pahat • Baling • Alor Gajah • Langkawi • Tumpat • Serting • Kuantan • Johor Bahru • Parit • Kubang Pasu • Tun Mustapha Tawau • Kuala Klawang

SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :

  • Bumiputera tahun enam.
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014.
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember 2014 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

Dokumen penuh boleh diakses menerusi url berikut :
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5815e51c-1f8a-4743-abc4-afb4310e605f&groupId=30564

A. CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi.

Pemohon hendaklah membawa salinan MyKid dan salinan Keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

Pemohon boleh membuat pengisian permohonan secara online di url berikut : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
Pemohon mestilah membawa cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang dipilih.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP