Johor tidak cuti Ahad - MB Johor

Johor tidak cuti Ahad - MB Johor

Foto dikongsi melalui http://news.abnxcess.com/

JOHOR BAHRU 1 Nov - Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumbangkan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini.
"Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia.
Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.
Mohamed Khaled ditanya tentang isu terbabit selepas merasmikan fasa pertama Laman Sukan Ekstreme Pasir Gudang bernilai RM300,000 yang dibina oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
Ramai kalangan peminat bola sepak di Johor menaruh harapan tinggi supaya kerajaan negeri melakukan perkara sama ketika JDT menjuarai Liga Super tahun ini dengan mengisytiharkan cuti.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP