Panduan pembeli senarai barang kena GST, Januari depan

Panduan pembeli senarai barang kena GST, Januari depan


KUALA LUMPUR:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan Shopper's Guide' (Panduan Pembeli) pada Januari depan untuk meredakan kebimbangan orang ramai terhadap peniaga tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Panduan itu akan menyenaraikan 944 barangan dan perkhidmatan yang termasuk dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), serta harga barangan berkenaan sebelum dan selepas GST diperkenalkan, kata Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai (Cukai Tidak Langsung dan GST) Kementerian Kewangan, M A Sivanesan.

"Maklumat ini dapat membantu pengguna untuk menganggarkan perubahan harga akibat (pengenaan) GST. Dengan cara ini mereka akan tahu jika peniaga telah mengenakan caj berlebihan," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan GST untuk memastikan kelancaran pelaksanaan cukai penggunaan di negara ini, dan memantau manipulasi harga oleh peniaga yang sewenang-wenang mengaut untung.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy berkata Panduan Pembeli akan membolehkan pengguna menggunakan hak mereka untuk membuat perbandingan harga barang-barang yang tertakluk kepada GST.

"Mereka boleh membuat aduan jika mereka mendapati sebarang kenaikan besar dalam harga dilakukan peniaga," katanya.

Panduan Pembeli itu akan diterbitkan pada Januari depan dan akan dipaparkan di dalam portal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan selama kira-kira enam bulan.

Pengguna akan diajar bagaimana untuk menggunakan panduan ini dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa turut mempertimbangkan untuk mencetak Panduan Pembeli itu.

Kerajaan tidak mahu peniaga mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana ia akan menyembunyikan faedah sebenar pelaksanaan sistem cukai kepenggunaan ini.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016