PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanggungjawab Kepimpinan Tidak Diberi Kepada Pendusta dan Pengkhianat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tanggungjawab Kepimpinan Tidak Diberi Kepada Pendusta dan Pengkhianat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat, sedangkan orang yang jujur dikhianati, dan golongan Ruwaibidhah akan berkata-kata." Lalu baginda ditanya, "Siapakah golongan Ruwaibidhah itu?" baginda SAW menjawab: "Orang-orang bodoh lagi fasik yang mengurus urusan perkara umum yang besar." (Sunan Ibnu Majah No: 4026) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dimana pada waktu itu orang yang pandai berbohong, pendusta dan pengkhianat lebih dipercayai untuk diberikan amanah dan tanggungjawab.

2.  Orang yang jujur dan benar-benar amanah tidak diberi tanggung jawab malah didustai dan dikhianati.

3.  Kebenaran dan amanah diberikan kepada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.

4.  Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.

5.  Imam al-Syatibi menyatakan al-Ruwaibidah ialah orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap (al-‘Itisham, 3:100).

6.  Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah (2 : 494) menyatakan al-Ruwaibidah seseorang yang lemah dan tenggelam di dalam hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya (merebut jawatan untuk menghimpun harta dan pangkat).

Marilah kita memastikan tanggungjawab kepimpinan umat ini sentiasa diberikan kepada orang yang memiliki  sifat kejujuran, amanah dan berintegriti bukan pengkhianat dan penipu.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

27hb Okt  2017
07hb Safar 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam