PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jawatan Adalah Amanah


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jawatan Adalah Amanah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Dari Abu Dzar RA dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah SAW, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." (HR Muslim No: 3404) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Jawatan adalah suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan.

2.  Segala amanah dan tanggungjawab yang diterima akan disoal di hari kiamat. Pak menteri, wakil rakyat memiliki tanggungjawab yang besar untuk membawa kesejahteraan rakyatnya tanpa mengira kelompok dan golongan. Seorang suami memiliki tanggungjawab besar menafkahkan isteri dan mendidik serta membesarkan anak-anak menjadi keluarga soleh dan diredhai Allah.

3.  Apabila kita tidak berlaku adil dan tidak mampu mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi pihak yang kita pimpin, maka janganlah sekali-kali kita biarkan amanah jawatan tersebut. Apabila seorang wakil rakyat tidak mampu melaksanakan amanah untuk membawa kehidupan rakyatnya menuju kesejahteraan dan keadilan, maka gantikanlah dengan yang lebih baik dan beramanah. Amanah adalah sesuatu yang ringan disebut namun berat untuk dilaksanakan.

4.  Mereka yang hanya merebut pangkat dan kedudukan untuk kemuliaan dunia demi harta dan kehormatan akan menyesal di hari kiamat kelak.

5. Semoga kita tidak menjadi hina disisi Allah dengan sebab jawatan yang diperolehi hasil kepercayaan orang lain dengan cara yang benar hasil kompetensi dan integriti yang dimiliki.

Berusaha menunaikan tanggung jawab kerana jawatan adalah suatu amanah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

17hb Okt  2017
26hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam