PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adil Dalam Tanggungjawab


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Adil Dalam Tanggungjawab

وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Dalam hadis Zuhair dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan tuhan yang bersifat ar rahman 'azza wajalla, mereka  ialah orang-orang yang berlaku adil dalam hukuman mereka, adil dalam keluarga dan adil keatas orang yang dibawah tanggungjawab mereka." (HR Muslim No: 3406) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Keadilan adalah suatu tuntutan dalam melaksanakan tanggungjawab.

2.  Dalam menjatuhkan hukuman, setiap kita perlu berlaku adil tanpa mengira siapa mereka.

3.  Ibnu Hajar: Orang yang adil adalah yang mengikut perintah Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa keterlaluan dan cuai.

4.  At-Tobari: Keadilan adalah wajib keatas setiap orang dan dalam semua perkara, tiada sebarang kelonggaran dalam melaksanakan keadilan sekalipun ke atas keluarga yang dekat atau jauh, begitu juga dimasa senang atau susah.

5.  Berlaku adillah keatas orang yang dibawah tanggungjawab kita. Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

6. Jangan kerana kebencian kita kepada seseorang, segolongan puak atau sekelompok yang tidak sefikrah atau sependapat dengan kita, lalu kita tidak berlaku adil.

7.  Orang yang adil semasa di dunia akan mendapat tempat sebaiknya di sisi Allah.

Milikilah sifat adil dan berintegriti.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

18hb Okt  2017
27hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN