Maybank2u : Pendaftaran Akaun Tabung Haji


Maybank2u : Pendaftaran Akaun Tabung Haji. Perasan atau tak. Ada fungsi semakan baki, pindahan dan pendaftaran haji bagi akaun Tabung Haji menerusi Maybank2u. Dulu memang la aku pun tak tengok. Akaun pun takde. Bila dah ada, tiba la masa untuk aktifkan fungsi ni kan. Cara pengaktifan adalah kita perlu daftar menerusi ATM Maybank terlebih dahulu. Apapun. Sebelum pergi. Pastikan ambil dua perkara penting dari buku bank Tabung Haji iaitu Nombor Akaun di muka pertama dan Nombor Siri buku di muka terakhir. Dah ada dua benda ni baru pergi ATM.

Prosedur kat ATM
  1. Masukkan Kad ATM
  2. Pilih Tabung Haji
  3. Pilih Daftar Akaun Tabung Haji Ke Kad ATM
  4. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji
  5. Tekan Ya
  6. Masukkan Nombor Siri Buku Akaun Tabung Haji
  7. Tekan Ya
  8. Selesai
Buka balik Maybank2u lepas dah daftar tu tengok dah aktif dah. Alhamdulillah. Simple je sekarang ni kan. Nak terus daftar haji pun boleh dengan syarat dah ada RM1300 dalam akaun lah.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN