PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Munafik Tulen


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Munafik Tulen

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Dari Abdullah bin Amru dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara tersebut ada pada dirinya maka dia menjadi orang munafik sejati, dan apabila salah satu sifat dari empat perkara tersebut ada pada dirinya, maka pada dirinya terdapat satu sifat dari kemunafikan hingga dia meninggalkannya: jika berbicara selalu bohong, jika diamanahkan dia khianat, jika berjanji selalu ingkar, dan jika berbantah dan bertengkar dia melampaui. (HR Muslim No:88) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim perlu menjauhkan diri dari memiliki sifat orang munafik.

2.  Barang siapa memiliki empat sifat ini, dia seorang munafik sejati:

a.  Jika berbicara selalu bohong

b.  Jika diamanahkan dia khianat

c.  Jika berjanji selalu mengingkari

d.  Jika berbantah dan bertengkar dia melampaui

3.  Sesiapa memiliki salah satu sifat di atas, dia tergolong dari kalangan orang yang memiliki sifat munafik sehinggalah dia meninggalkannya.

4.  Berusahalah menjauhi sifat orang munafik lebih-lebih lagi apabila bersama dengan masyarakat dan diberi kepercayaan memimpin orang lain.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Okt  2017
29hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied