PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Akan Menyebabkan Terhapus Amal


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Akan Menyebabkan Terhapus Amal

عَنْ أَبِي قِلَابَةَ أَنَّ أَبَا الْمَلِيحِ حَدَّثَهُ قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُه

Dari Abu Qilabah bahawa Abu Al Malih menceritakan kepadanya, ia berkata, "Kami pernah bersama Buraidah pada suatu hari yang mendung, ia lalu berkata, "Segeralah laksanakan solat, kerana Nabi SAW pernah bersabda: "Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh telah hapuslah amalnya." (HR Bukhari No:  559) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Solat fardu wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal

2.  Meninggalkan solat dengan menyia-nyiakannya dan menganggap remeh keutamaan waktunya padahal ia mampu untuk menunaikannya -  boleh mengakibatkan terhapus amal seseorang.

3.  Ibnul Qayyim  berkata -  meninggalkan amalan itu ada dua keadaan:

a.  Pertama, meninggalkan secara total dengan tidak pernah mengerjakan solat sama sekali, maka ini menjadikan amalnya batal seluruhnya.
b.  Kedua, meninggalkan solat asar pada hari tertentu, maka ini menjadikan amalnya batal pada hari tersebut.

Ayuh peliharalah solat fardu kita antaranya solat Asar.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

03hb Okt  2017
12hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam