Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim


Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim. Hari ni hangat dengan berita ni. Sana sini semua bercerita pasal rumah impian Sultan Ibrahim. Mana taknya. Banglo dengan harga RM100k. Memang terbaik. Macam-macam spekulasi keluar. Apapun. Semua ini akan terungkai esok di Galleria@Kotaraya. Majlis pelancaran ni akan dijalankan bermula jam 2.00 petang, di mana Sultan Johor sendiri akan mengumumkan butiran terperinci berkenaan dengannya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya sanggup rugi dalam melaksanakan program perumahan untuk Bangsa Johor di negeri itu. Baginda bertitah, butiran fasa pertama yang dinamakan Rumah Impian Sultan Ibrahim itu akan diumumkan esok sempena prapelancaran projek.
"Fasa pertama saya nak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D. Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan Semi-D. Tak ada lagi wayar-wayar elektrik macam sarang labah-labah kat atas. Tak ada lagi. Semua (longkang) ditutup... bersih. "Saya percaya benda ini saya tak akan rugi, tetapi kalau rugi pun saya akan tanggung. Kalau rugi pun saya tak banyak, saya rasa tak apa itu amal jariah saya kepada rakyat saya. "Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, kalau saya dapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara, saya buatkan dengan tidak mengambil untung satu sen pun. Biar rakyat semua ada rumah," titahnya dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melancarkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim (RIBJ YSI) bagi membantu setiap rakyat Johor memiliki rumah sendiri.

Bagi tujuan itu, Bank Rakyat bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM500 juta untuk kemudahan pembiayaan.

Manakala pembeli yang layak juga hanya perlu membayar wang deposit serendah RM1.00 dengan tawaran pinjaman 100 peratus.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim berkata pembangunan projek tersebut akan dilaksanakan di tiga lokasi  di kawasan bandar raya Johor Bahru, selain rancangan untuk membinanya di daerah-daerah lain di negeri Johor.

“Ia akan dibina di Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana, yang merangkumi dua kategori iaitu Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor.

“Bagi Kategori Rumah Impian Sultan Ibrahim di Bandar Dato’ Onn, sebanyak 520 unit rumah akan dibina melibatkan komponen 190 unit rumah teres, 130 unit rumah berkembar dan 200 unit rumah sebuah.

“Ia akan dibina di atas tanah seluas 52.7 ekar, yang berharga dari RM80,000 hingga RM100,000 seunit.

“Bagi Kategori Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibina terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman.

“Ia ditawarkan dengan harga kurang dari RM150,000 seunit, dan akan dibina di atas tanah seluas 6.8 ekar,” katanya.

Kerja-kerja pembinaan bagi kedua-dua kategori tersebut akan bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Menurutnya lagi, bagi Rumah Impian Bangsa Johor di Bukit Saujana pula, sebanyak 1,000 unit rumah ditawarkan dengan harga dari RM297,000 hingga RM420,000 seunit.

“Ia akan dibina di atas tanah rizab Melayu seluas 7.55 ekar dengan keluasan 850 kaki persegi, 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi per unit.

“Kesemua jenis kategori rumah akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan ‘cook tap’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim di Galleria @ Kotaraya, di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kira-kira 10,000 orang memenuhi Galleria @ Kotaraya bagi membuat pra-pendaftaran, bertempat di aras bawah Galleria @ Kotaraya.

Bagi orang ramai yang tidak dapat mendaftar pada petang ini, mereka boleh melayari laman sesawang www.yayasansultanibrahim.org.my yang akan dibuka pada pukul 5.00 petang ini.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN