Jumaat, 17 Mac 2017

Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017


Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017. Dah lama bersawang dalam Dropbox aku. Hari ni baru dapat dikeluarkan. Ni last sesi pixel besar Galaxy Camera aku rasanya. Hehehe. Mesyuarat dijalankan 22 sampai 24 Februari yang lepas. Kira macam precouncil yang dilaksanakan diperingkat negeri la ni. Sebelum semua isu negeri diangkat ke JPMK. Tahun ni semua ikut timeline sepertimana yang ditetapkan. Tu pasal aku gerak JPMN minggu 2 seperti mana yang ditetapkan. Tu pun lari sikit ke minggu 3 sebab minggu 1 tu raya cina. Kali ni aku bawak Mustakim bersama. Timba pengalaman. Mana tau nanti kena gi wakil aku ke. Tak la teraba-raba. Kekeke.

Pagi 22 tu sempat sarapan di Pagoh. Blank tak tau nak makan apa. Jarang aku outstation sejak aku mula kawal makan ni. Belasah aje le apa yang ada. Sampai aje. Jumpa dulu semua pegwai EPRD yang ada. Kenalkan si Mustakim. Senang dia nak liase dengan diaorang nanti. TQ Adhi kerana belanja makan lunch itu hari. Layan aje. Petangnya meeting bermula. Lama jugak tak jumpa geng geng ni. Selesai. Balik hotel. Kebetulan sama hotel dengan en Rashid. Sakan la meronda. Petangnya makan di Alamanda. Dan sekali lagi aku ambil masa yang lama untuk memilih makanan. Last last. Burger ajeler. Malamnya. Nengok ajeler kek birthday mama dari ucu. Hari tu adalah harijadi mama. Cian mama. Huhuhu.

Meeting berjalan lancar kali ni. Dan aku suka. Lama dah tak hadapi mesyuarat data sebenar macam ni. Dah dekat tiga tahun asyik dok layan isu sistem tak bergabung, sistem problem. Kali ni. Total verifikasi. Syiok wooo nengok semula ralat terpapar depan muka sambil kena soal kenapa gitu. Hahaha. Of coz la Johor pantang naik nama. Mesti kena punya. Dah la susah nak jumpa. Sekali jumpa, teruk kena. Walhal banyak lagi negeri lain yang lebih banyak pada Johor. Tu yang aku rasa seronok tu. Lama tak alami perasaan gini weh. Tak sabar nak jumpa lagi dalam mesyuarat MAP bil.2. Dan of coz. Banyak aku kena buat bagi memastikan kecemerlangan data Johor sentiasa berada pada tahap yang terbaik, terkini, sahih dan tepat. Data kita, wajah kita, maruah kita!




































---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: