Selasa, 21 Mac 2017

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2017

TAWARAN PENAJAAN  JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)  BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN  DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA  TAHUN 2017. Penawaran Penajaan bagi Program Khas PKJM tahun 2017 untuk
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 akan dibuka secara atas talian di pautan www.mara.gov.my mulai 16 Mac 2017 (Khamis) jam 3.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017.

Sila layari http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM&auth=9039

Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).

1.1 Program Akademik Jepun

Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

1.2 Program Berkembar New Zealand

Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.

1.3 Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.

Syarat Permohonan

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  2. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2016;
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  4. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  5. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat-Syarat Khusus Permohonan

BIL
BIDANG/PROGRAM
SYARAT/GRED MINIMUM

1

Akademik Jepun

Kejuruteraan
Kod Program: PKJM 001

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik;
e) Matematik Tambahan;
f) Fizik;
g) Kimia; dan

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

2

Akademik Jepun

Sains dan Teknologi (S&T)
Kod Program: PKJM 002

Mendapat sekurang-kurangnya gred A
dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik;
e) Matematik Tambahan;
f) Fizik;
g) Kimia; dan

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

3

Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

Kejuruteraan
Kod Program: PKJM 003

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik;
e) Matematik Tambahan;
f) Fizik;
g) Kimia; dan

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

4

Akademik Jepun

Sains Sosial
Kod Program: PKJM 004

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Sains;
e) Sejarah;
f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
g) Perakaunan/ Ekonomi/Perdagangan/ Sastera Melayu/Geografi/ Sains dan Teknologi/; dan

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

5

Berkembar New Zealand

Perakaunan
Kod Program: PKJM 005

6

Berkembar New Zealand

Ekonomi
Kod Program: PKJM 006

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang
diambil dalam SPM.

7

Berkembar New Zealand

Kewangan
Kod Program: PKJM 007

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Sains;
e) Sejarah;
f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
g) Perakaunan/ Ekonomi/Perdagangan/ Sastera Melayu/Geografi/ Sains dan Teknologi/; dan

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

8

Berkembar New Zealand

Sains Aktuari
Kod Program: PKJM 008

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik;
e) Matematik Tambahan;
f) Fizik;
g) Kimia; dan

h) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama tujuh (7) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Program Khas JPA MARA Tahun 2017 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA di http://www.mara.gov.my

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat pkjm2017@jpa.gov.my.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan penilaian SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar iaitu kempimpinan, kerjasama, daya tahan, kematangan, komunikasi dan kreativiti.

Program SAC ini dijadualkan pada 2 April 2017 hingga 7 April 2017 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Semenanjung (Selangor, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan) Selatan (Melaka dan Johor), Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Sabah dan Sarawak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my pada 5 Mei 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: