15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan


15 Mei 2018 tarikh lihat anak bulan Ramadan. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Selasa ini, 15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi merangkumi:

  1. Pontian Kecil, Johor 
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka 
  3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan 
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor 
  5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor 
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor 
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak 
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang 
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah 
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah 
  11. Menara Alor Setar, Kedah 
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu 
  13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu 
  14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu 
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu 
  16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan 
  17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan 
  18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan 
  19. Esplanade, Luak, Miri, Sarawak
  20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak 
  21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak 
  22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah 
  23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang 
  24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang 
  25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang 
  26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. 
  27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
  29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam