10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH


10 EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR ANGKAT SUMPAH. Masa makan tengahari dah dapat dokumen penuh secara tak rasmi. Alhamdulillah. Nampak kena. So. Ni aku just share daripada lidah rasmi ye. Tahniah dan semoga tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya untuk Bangsa Johor.

Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) hari ini (16 Mei) mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan paduka-paduka anakanda yang lain. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato' Osman Sapian.

Majlis Istiadat Mengisytiharkan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru pada jam 10.30 pagi. Pada Sabtu lalu (12 Mei), Dato' Osman telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Tuanku Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Johor, Dato Hj Mohd Tahrir Kiyai Samsudin.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah). Turut mengangkat sumpah ialah Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Hong Pin (Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

#sultanjohor
#royalpressoffice

YAB Dato’ Haji Osman Bin Sapian (Menteri Besar Johor)
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi Johor

YB Aminolhuda Bin Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan

YB Dzulkefly Bin Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar

YB Tan Hong Pin
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains Dan Teknologi

YB Dr S. Ramakrishnan
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia Dan Perpaduan

YB Haji Mazlan Bin Bujang
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Dan Pengangkutan

YB Jimmy Puah Wee Tse
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti

YB Liow Cai Tung
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan

YB Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Kebudayaan

YB Dr Sahruddin Bin Jamal
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian

YB Sheikh ‘Umar Bagharib Bin Ali
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam