Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 5 - Business Analytics Capstone


Coursera Business Analytics Online Courses : DONE Course 5 - Business Analytics Capstone. Kali ni panjang gila la aku nulih. Cabaran bukannya pada kursus, tapi pada masalah teknikal yang aku sendiri pelik kenapa leh jadi gitu. Memang kes naya tul. OK. 21 Januari baru aku bukak semula setelah dua minggu aku daftar. Tu pun memandangkan dah nak masuk bulan Februari. Study a little bit. Banyak nak kena rujuk balik nota lama ni. Alhamdulillah. Dapat siapkan first week punya assignment. Jenuh mengeja la sebab English is not my favourite medium. Tapi. Masalahnya kami cuma tiga orang yang dah submit. Syarat nak lepas kena penilaian daripada 3 orang dan lepas tahap yang ditetapkan. Hmmm... Camner nih.

Alhamdulillah. Dapat selesai semua dalam seminggu lepas tu. 28 Januari dah dapat keputusan. Terima kasih pada rakan-rakan yang bantu review. Dapat markah penuh. Sekarang ni nak tunggu buka untuk submit tugasan kedua. 26 Februari. Lama jugak nak tunggu tu.

Alamdulillah. 21 Februari dapat emel pemberitahuan dah buka. Masalahnya. Fail yang aku dah siapkan ada di opis. Tunggu 25 baru boleh nengokkan. Alhamdulillah. 20 hb dah dapat emel kata dah bukak. Cuma fail dia ada kat laptop di opis. Tunggu balik JB baru submit. Jap aje penilaian dah dapat result. Maybe dah on time. Ramai orang ada.

5 Mac baru berkesempatan nak bukak dan tengok semula untuk week 3. Perghhh. Kena pandai curi masa. Aku lanyak aje waktu rehat untuk tengok benda ni. Sampai husna pun tegur. Layan aje ler. Ni kena bukak balik course 2. Dah lupa dah pun actually cara guna solver dalam excel. Slow slow kita bikin. Dengar balik cara guna. Baru nak apply kena pulak wakil dalam meeting. Alamak. To be continued esok.

Tetiba aku dapat satu emel yang kata payment aku tak setel. Yang lagi best. Sedang aku duduk dalam sesi penilaian akhir, tetiba akaun aku dibekukan. Terus hilang segala. Haisshhhh. Memang la menyirap aje. Habis semua aku call, emel, whatsapp. You just name it! Sampai ke pagi Sabtu 17 Mac memang aku direct terus dengan coursera. Dia kata semua ok yang penting pastikan bayaran dibuat. So. Aku tunggu aje la. Nanti dah setel vendor urus aku tunggu aje la untuk penilaian akhir yang sepatutnya minggu depan. Wish me luck! Patutnya Khamis tu aku dah leh bergembira setelah semua course aku selesai. Sedang fikir dan muhasabah diri kenapa benda ni berlaku pada aku. Huhuhu. Baran tak pepasal 3 hari. Masa ni baru la tau berapa banyak KPM belanja untuk course aku sorang ni aje. USD215 kot.

20 Mac. Ada berita gembira. Vendor dah clear out bayaran untuk course ni. Dah boleh view. Cuma yang tak gembira adalah aku tak boleh buat apa pun. Aku dikeluarkan dari sesi ni dalam penilaian akhir, minggu akhir yang mana sepatutnya aku dah lulus kursus ni secara total minggu ni. Dah aku kena enrol untuk next session yang bakal bermula mei nanti. Dan dah pasti la penilaian aku ni hanya boleh dibuat pada jun. Nak nilai sapanya dah sah sah kena tunggu orang untuk dinilai. Nasib nasib. Habih aku buat snapshot dan emel balik pada urusetia. Mana la tau kan. Kalau kalau ada rezeki.

14 Mei. Aku dah mula mengadap balik course 5. Aku dah auto didaftarkan. Tugas aku lebih simple sebab semua aktiviti yang lepas dah dikira berjaya. Tanggungjawab aku adalah. Review dua peserta sahaja lagi untuk tugasan minggu 4. Yang best. Dia berperingkat balik. Week 1 je yang dibuka. So. Review la semula satu satu dah sampai dekat dekat 20 orang dah tambahan aku review. Sampaikan dah boring dok review. Habis submission, tunggu lagi mana tau ada submission baharu.

16 Mei. Pasal boring dok tunggu submission week 1. Aku gatal tangan masuk week 2. Ehhh. Dah boleh review. Layan sampai belas belas jugak. Sampai juga dinding. Dah takde submission. Apa kata aku tengok week 3. Ehhh. Dah bukak jugak. Dua submission dan aku cuba jaya mana tau dah boleh reviw minggu akhir. Alhamdulillah. Boleh. Yihuuu.. Gembiranya. Dekat 5 orang jugak aku review. Punya suka pasal dah boleh kan. Sampai dah takde baharu aku berenti dan tengok emel. Yeahhhh! Aku dah lulus dengan jayanya. Terbaekkk!!! Terus aku submit semua sijil aku pada urusetia. Alhamdulillah. Syukur. Lulus juga akhirnya pada tarikh keramat 16 Mei. Asalnya aku nak amik pada 17 Jun. Tapi. Atas apa yang aku dah lalui. Biarlah aku selesai awal. TQ Allah

ready untuk course terakhir

yok!

selesai.



dah dapat emel dah pun

sambung dengan yang kedua

yang ketiga paling mencabar bagi aku


kena bukak balik untuk study kaedah guna


alhamdulillah

selesai

last week final projek

ujian juga. buat revise kat lobi

selesai alhamdulillah lif dah ok

transfer ke digital pulak

tetiba dapat emel ni

dan akaun aku terus kosong dan bermula lah rentetan sampai ke pagi sabtu

pagi pagi dapat emel kata dah setel. terus bukak. yeaaayyy...

sekali nak masuk. aik.. apasal kena lock pulak ni

haishhh...

punya tak puas hati siap keluar masuk balik

terus ke pc semak semula. baru perasan aku dienrol ke tarikh baharu. huhuhu mei kot

alhamdulillah. semua masih ada

semak. alhamdulillah. ikutkan aku dah lulus ni.

tinggal kena semak dua projek lagi dari peserta lain. rezeki dianjakkan namanya ni.

Alhamdulillah. 16 Mei tarikh keramat. Selesai

sukanya

alhamdulillah

dengan itu, maka selesailah aku nyer kursus business analytics. Terbaeekkk!!!!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam