Monday Blues


Monday Blues. Semalam. Memang bebetul dah jadi monday blues bagi aku. Tapi bukan pasal takde mood. Tapi pasal banyak benda yang berlaku pada hari ni. 5 hari cuti ni terasa lama betul. Bercinta nak sampai Isnin. Dan yang paling best kelima-lima hari tu aku aktif tul. Dari PRU, amik iqa, hantar iqa, bawak bos ke RTM, belanja raya. Full swing tanpa rehat yang cukup. Akibatnya. Pagi Isnin tu kaki aku memang dah overused. Ngantor kebudaks ke sekolah. Singgah klinik jap. Termenung jap doktor. Kekeke. Patut ni la MC yang aku tunggu-tunggu sebab dia akan tulis satu tulisan yang lain dari acute gout yang dia suka tulis sebelum ni bila aku kata bukan gout. Kekeke. Tapi. Aku nak gi opis hari ni. Lama bebenor dah tak masuk opis ni ha. Selamba badak nolak MC kemenangan aku tu. Hahaha. Sakit pun terasa nak membawang. Minggu depan jangan lupa gi fisio udah ler. Apa yang doktor cakap semua apa yang fisio aku cakap. Kan aku dah pernah kata ngan doktor tu aku ni susah nak kata apa sakit aku actually. Overused and padah la jawabnya. Dia asyik dok kata gout gout gout dan pagi ni macam satu kepuasan bangang bagi aku la.

Selesai bab satu. Halfway driving ke opis baru terasa nyesal tak amik MC tu tadi. Kekeke. Takpe. Gagahkan aje. Sampai opis makan ubat dan efeknya mula terasa. Perrgghhhh... Tanggung aje la labu. Kuatkan diri untuk berjalan. Tapi minima abis la. Sakit dowh! Yang memulakan sesi panas tu bila dah dok dalam team cyber. Adesss. Memasing dengan peel memasing. Dah la keadaan kucar kacir. Korams semua makin menambah haru biru. Memacam benda pelik semua keluar. Rakan media pun hampir sama. Susah jugak bila sekarang ni semua real time. Tapi kena ikut media alternatif individu atau parti. Susah jugak tu. Kena bebetul aware dengan apa saja yang dikongsi. Orang sekarang ni mudah terpedaya. Kita ni la yang kena main peranan semak dan perbetul. Kekadang angin lebih. Tetambah bila nengok ego, bongkak masih tak hilang. Makin teruk pun ada. Haiishhh. Manusia.

Masuk siri 3 pulak. Dok semak dan kompil bideo bos. Sekali laptop nak bermanja. Lagi 1% dia tutup sendiri. Bukan sekali. Dari pagi kot. Memang la bertambah temper. Nak nak pulak dengan kaki yang minta dimanja. Teringat doktor dalam tangisan kan. Huhuhu. Layan aje ler.



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam