PRU14 : Kenyataan Media Hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum Ke-14


PRU14 : Kenyataan Media Hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum Ke-14.

  1. Bagi maksud menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-14, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon pada 28 April 2018 (Sabtu). Tempoh masa untuk mengemukakan Kertas Penamaan Calon bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dengan betul boleh dikemukakan kepada Pegawai Pengurus oleh salah seorang daripada berikut:
    • calon dan pencadang dan penyokong;
    • mana-mana dua orang daripada mereka; atau
    • mana-mana seorang daripada mereka.
  2. SPR mengingatkan bakal-bakal calon yang hendak membayar Deposit Pilihan Raya, iaitu RM10,000 (Parlimen) dan RM5,000 (DUN) boleh berbuat demikian secara Bank Draf atau secara Tunai. Bayaran tersebut boleh dibuat sebelum Hari Penamaan Calon dan perlu membawa resit berkenaan pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran.
  3. Selain itu, bakal-bakal calon yang bertanding mewakili parti politik dan simbol parti itu yang telah berdaftar dengan SPR juga diingatkan supaya membawa surat kebenaran daripada seorang pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan untuk penggunaan simbol parti berkenaan. 
  4. Untuk memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan harmoni, tidak ada gangguan, semua pihak diminta supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 
  5. Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] memperuntukkan mengenai perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan semasa Hari Penamaan Calon seperti yang berikut:
    • Memberi, membekalkan alat muzik/ pembesar suara atau menggunakannya sendiri bagi tujuan diayah politik dengan apa-apa cara atau digunakan di dalam atau di atas vesel, binatang atau apa-apa kenderaan.
    • Menunggu atau berdiri-diri dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon.
  6. Jika ada mana-mana pihak yang melanggar peruntukan seksyen ini mereka boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan dan kedua-duanya.
  7. SPR berharap proses penamaan calon dan aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan Negara.
Sekian dan terima kasih.

TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam