Bawang Team : HARGA MASA


Bawang Team : HARGA MASA. Tadi balik. Sempat aku lepak ngan kebudaks jantan berdua ni. Jap ja masa berlalu. Ajak deme gi kedai. Dapat la ngepau aiskrim, jajan dan roti. Balik sambung lepak depan rumah. Jap ja masa bergerak kan. Dulu iqi tu besar ici je. La ni dah 8 tahun. Seronok nengok pakat makan jajan ngan aiskrim. Try noti toksah cerita la kan. Sesambil tu teringat satu cerita yang agak glamer pasal masa ni. Yok layan.

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayahnya.

Anak: Ayah. Ayah. Boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm. nak tanya apa?
Anak: Ayah. Berapa gaji ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu. Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh. 20 ringgit. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula marah, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal gajiayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik. tidur! Dah pukul berapa nih!!” Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit 10 ringgit. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah!” Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??” Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…” “Tak cukup duit nak beli apa??”Jerkah ayahnya lagi. “Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”

Ayahnya terus memeluk anaknya sambil menangis. Muncul rasa bersalah di dalam hati ayahnya.
Si ayah langsung tidak menyangka, dalam kesibukannya selama ini demi untuk memberikan kehidupan selesa kepada keluarganya telah mengundang sesuatu mengharukan. Sesibuk mana kita berusaha mencari rezeki, janganlah kita abaikan masa bersama keluarga. Berikan masa untuk orang tersayang sebelum terlambat.

Perkongsian dari geng kepada geng
#BawangTeam












---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016