BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN


BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN. Pesara kerajaan yg meninggal dunia pada atau selepas 15.10.2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3000. Syarat-syarat permohonan bayaran bantuan mengurus jenazah berpandukan peraturan pekeliling perbendaharaan bil 3 tahun 2010 adalah seperti berikut :

1.
Siapa


Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)
2.
Amaun

RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu sahaja).
3.
Penerima Mengikut Keutamaan

i)      Balu/Duda;
ii)     Anak;
iii)    Ibu/Bapa
iv)    Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
v)     Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
4.
Cara Memohon




Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawangwww.jpapencen.gov.my, dilengkapkan dan dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut bersama dokumen sokongan:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W. P. Putrajaya

Malaysia
 
5.
Cara Bayaran
Penerima dalam Malaysia:
i)
      Waran
ii)
     Kredit Bank
Penerima di luar Malaysia:
i)
      Pindahan Telegrafik
ii)
     Deraf Bank

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) 
Muat Turun Surat Akuan Bersumpah

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Patma binti jusup berkata…
Assalamualaikum mcm mana nak bwat nie

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam