Pilihanraya Umum Ke-14 : Hari mengundi 9 Mei


Pilihanraya Umum Ke-14 : Hari mengundi 9 Mei. Akhirnya. Tarikh keramat diumumkan. Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

"Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei," Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April. Daftar pemilih suku keempat 2017 yang mempunyai 14,940,624 pemilih berdaftar akan digunakan untuk PRU14. Daripada jumlah itu 14,636,716 adalah pemilih biasa, 300,255 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara.

Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu 2,415,074 orang yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan hari ini dan diedarkan kepada pihak media selepas mesyuarat khas SPR hari ini, 2,388,614 pengundi di Selangor merupakan pemilih biasa, pengundi awal tentera, polis dan pasangan (25,462) dan pengundi tidak hadir luar negara (998).

Negeri kedua yang mempunyai jumlah pemilih berdaftar paling tinggi ialah Johor dengan 1,817,999 orang, diikuti Perak (1,510,864), Sarawak (1,220,960) dan Kedah (1,146,492). Negeri dengan jumlah pengundi paling rendah ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 27,306, manakala Wilayah Persekutuan Labuan (28,356) dan Perlis (150,221).

Daftar pemilih suku keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,624 pengundi akan digunakan pada PRU14 melibatkan 7,557,187 pengundi wanita (50.58 peratus) dan 7,383,437 pengundi lelaki (49.42 peratus). Dari segi kumpulan umur, statistik SPR menunjukkan pengundi berusia 30 hingga 39 tahun mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu 23.92 peratus, diikuti mereka berusia 50 hingga 59 tahun (18.35 peratus) dan 21 hingga 29 tahun (17.02 peratus). Sebanyak 0.45 peratus atau 66,831 orang adalah pengundi berusia 90 tahun ke atas, manakala kumpulan berusia 80 hingga 89 tahun pula 1.86 peratus atau 278,016 orang.

SPR menyediakan 8,989 premis bangunan yang akan digunakan sebagai pusat mengundi mengandungi 28,995 tempat/saluran mengundi. Bagi menjalankan proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 orang pegawai pengurus pilihan raya. Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini masih kekal seperti PRU13 lepas iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daftar pemilih PRU14 mula dijual pada 16 April ini dan para pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi mereka melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui aplikasi MySPR Semak atau menghubungi talian 03-88927018 atau SMS ke 15888. Maklumat-maklumat lain berhubung urusan pilihan raya ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh SPR.

Semua sekolah dalam negara diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei yang merupakan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan.

"Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah, mereka bekerja," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 di sini hari ini.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam