Infografik JPN Johor : Akta Antiberita Tidak Benar 2018


Infografik JPN Johor : Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Hari ni memang a bit tak menang tangan. Aku pun tak sedar samada aku tengok ISO, infografik, EKSA atau Hari Guru. Yang pasti semua setel dalam keadaan jap yang itu, jap yang ini sambil telinga layan animax dari unifi tibi. Kekeke. Yang lama dok termenung pasal infografik ni la. Alhamdulillah. Dapat gak setel sebelum balik. Yang pasti. Aku tengok jam. Jam tengok aku. Wahlaoweiii.. Lajunya masa bergerak hari ni. Kui kui kui. Yok layan infografik ni jap yer. Sesama beringat!

Berhati-hati dengan berita yang diterima. Bukan semuanya benar di internet! Semak kesahan menerusi portal sebenarnya.my. Tak pasti jangan kongsi.

Akta Antiberita Tidak Benar
Menurut akta tersebut, “berita tidak benar” termasuk apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang bahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Kesalahan yang termaktub di bawah Seksyen 4 Akta 803 ialah mengadakan, menawarkan, menerbitkan, dan sebagainya, berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan di bawah Seksyen 5 pula ialah menyediakan bantuan kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah Seksyen 4 yang memperuntukkan hukuman yang sama.

Sementara itu, kesalahan di bawah Seksyen 6 pula ialah tidak melaksanakan kewajipan untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000.

Di bawah Akta 803, mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

Akta 803 juga terpakai terhadap bukan warganegara Malaysia atau mereka yang berada di luar Malaysia seolah-olah kesalahan itu dilakukan di mana-mana tempat di dalam negara.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP