PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019


PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019 membawa tema “Meneroka Teknologi Memangkin Inovasi”. Terma dan syarat adalah seperti berikut :

OBJEKTIF PERTANDINGAN
a) Mewujudkan ruang berinovasi dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi terkini dan berasaskan integrasi digital.
b) Memperbanyakkan aplikasi mudah alih kerajaan yang memberi impak tinggi kepada rakyat.

TEMPOH PERTANDINGAN
a) Tarikh daftar penyertaan
i. Pasukan yang ingin menyertai pertandingan hendaklah mengisi borang penyertaan secara dalam talian bermula pada 2 Ogos 2019 (Jumaat) hingga tarikh tutup pada 19 Ogos 2019 (Isnin) sebelum/pada pukul 12:00 tengahari.
ii. Pendaftaran penyertaan juga perlu dikepilkan bersama dengan borang pengesahan penyertaan yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengurus ICT atau Ketua Bahagian di Jabatan/Agensi seperti di LAMPIRAN A.
iii. Penyertaan juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan/Agensi masing-masing.

b) Tarikh mula pembangunan aplikasi mudah alih
i. Tapisan awal pemilihan pasukan dilakukan oleh pihak urus setia. Pasukan yang layak bertanding akan diumumkan melalui e-mel pada 22 Ogos 2019 dan akan dijemput ke Majlis Pelancaran Hackathon 2019 yang akan diadakan pada 27 Ogos 2019.
ii. Pembangunan aplikasi mudah alih adalah dalam tempoh 24 hari bermula daripada 27 Ogos sehingga 19 September 2019 iaitu selepas selesai Majlis Pelancaran Hackathon 2019  dan hanya melibatkan pasukan yang telah berjaya disenarai pendek.
iii. Pembangunan aplikasi mudah alih boleh dijalankan di mana-mana lokasi (Online).
iv. Pembangunan aplikasi mudah alih boleh menggunakan apa-apa jenis perisian sumber terbuka.

c) Penghantaran Aplikasi Mudah Alih
i. Setiap peserta kumpulan perlu menghantar fail sumber aplikasi (dalam format *.apk / *.ipa / direktori sumber kod projek) kepada urus setia melalui storan perkongsian online (URL tersebut akan dimaklumkan melalui emel).
ii. Tarikh terakhir penyerahan (muat naik fail sumber) adalah pada 19 September 2019 jam 2:00 petang.

d) Tarikh penilaian
i. Hanya pasukan yang disenarai pendek layak ke sesi penilaian pada 25 September 2019.
ii. Pasukan yang terpilih juga diwajibkan hadir untuk sesi penilaian kepada Panel Penilai. Tempoh penilaian adalah selama 15 minit (10 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi soal jawab).


SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN 
a) PASUKAN BERTANDING
i. Terbuka kepada semua penjawat awam Malaysia.
ii. Penyertaan secara berkumpulan ( 2 hingga 4 orang setiap kumpulan).
iii. Dibenarkan untuk bergabung antara agensi dan mestilah mendapat pengesahan daripada setiap Pengurus ICT/Ketua Bahagian Jabatan/Agensi.

b) FORMAT PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH
i. Aplikasi mudah alih yang dibangunkan MESTILAH merupakan sistem perkhidmatan kerajaan dan MESTILAH  berkaitan dengan mana-mana kes bisnes yang dinyatakan seperti berikut:

Penyertaan boleh dibuat dengan melengkapkan borang secara dalam talian melalui pautan berikut https://drive.google.com/open?id=17bcewVy7qB7Q_DQtvbvd6UTnaFOd-SlzEH9ar5_i71Q dengan menggunakan akaun Google.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Ogos 2018 (Isnin), jam 12.00 tengah hari. Setiap penyertaan akan melalui tapisan awal dan penyertaan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi melalui laman web di atas. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada pegawai berikut:

Puan Nadisah Mohamad
No. Telefon        : 03-88726337
Emel                   : nadisah@mampu.gov.my

Puan Adawiyah Md Ashar
No. Telefon        : 03-88725074 / 019-7015816
Emel                   : adawiyah@mampu.gov.my

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam