Boboiboy The Movie 2


Boboiboy The Movie 2. Terus gerak ke TGV Bukit Indah sebelah petangnya. Iqi dan ici dari pagi dah meratib segala  pecahan kuasa Boboiboy. Kali ni pastinya kaki kena ada sokongan sikit. Alhamdulillah. Sampai. Dapat parking paling hampir, tapi jauh ngan panggung. Menapak jap. Beli tiket dan lepak. Mama ngan the girl gi makan dulu sementara geng jantan semua lepak kat panggung aje nunggu pintu dibuka. Masuk aje terus layan. Iqi dan ici memang ternganga la layan dari mula. pergghhh. waaaaa. woooo.. Memang terbaeekkk!!!! nak tau cerita dia? Tak nak tau spoiler jangan teruskan baca ya.

Cerita bermula dengan persengketaan dua watak 100 tahun yang lepas antara Retak'ka dan Hang Kasa yang memiliki kuasa elemental. Hang Kasa berjaya menyerap kuasa elemental dengan bantuan Ochobot dan membekukan Retak'ka dengan kuasa kristal. Retak'ka seterusnya bebas selepas ditemui oleh sekumpulan pencari kristal. Dia mula mencari semula kuasa elemental yang dirampas daripadanya. Dia berjaya merampas semula 2 kuasa daripada boboiboy setelah menyerang kem TAPOP. Boboiboy berjaya melarikan diri dan berguru dengan Hang Kasa dalam misi untuk menewaskan Retak'ka. Hang Kasa seterusnya mengambil kuasa gempa daripada boboiboy dalam misinya untuk menewaskan Retak'ka secara sendirian. Boboiboy datang membantu setelah Hang Kasa ditewaskan. Setelah bertarung dengan Retak'ka, Boboiboy akhirnya berjaya menggabungkan kuasa api dan air menjadikan kuasa Frostfire dalam usaha menewaskan Retak'ka. Masa ni pun actually dah power dah. siap keluar kuasa Gargantua. Dengan bantuan Hang Kasa, kuasa Ochobot dikembalikan dan semua kuasa Retak'ka diserap dan dikembalikan kepada Boboiboy untuk mengeluarkan Boboiboy Supra dan menewaskan Retak'ka.

Layan beb. Jangan lupa untuk tunggu sampai habis kredit, di mana ada watak tertentu yang akan dikeluarkan untuk next siri. tungguuu.. paling tak tahan dalam filem ni adalah papa zola dan anaknya pipi zola. Pipi Zola tu singkatan nama yang sangat panjang. Puteri Intan Payung Indah Zulaika Odelia dah tak ingat lagi dua tu. Wakakaka. 

on!

park and gerak

yok layan

lepak jap

yok join the team

sempat posing posing gitu


kami nunggu sini aje

team pompuan



muka tak puas hati nunggu team pompuan


lagi geng tunggu team pompuan

we all dah masuk




setel



layan poster poster dia



yeahhh

lepak jap sini




sambung. ada yang nak 3x pedas katanya



hampa


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Blooger Kepo berkata…
ada yang tau film boboiboy terbaru ?
Link : nonton boboiboy

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam