PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020)


PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan biasiswa kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Jepun di bawah program SDGs Global Leader (JFY2020).
       
Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat edaran JPA bertarikh 8 Ogos 2019 seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut.

a. Surat edaran
b. Maklumat Am Program
c. Universiti disaran
d. Borang permohonan
e. Borang perakuan

Permohonan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan, memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat cuti belajar yang ditetapkan oleh JPA.  Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak tiga (3) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B - disediakan oleh BPSM, KPM);
ii. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin. 2010] (diisi oleh pemohon);
iii. Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C);
iv. JICA Application Form (diisi dalam Bahasa Inggeris);
-       Official Application (Kosongkan ruangan ‘Confirmation by the organization in charge (if necessary)
-       Part A: Information on the Applying Organization.
-       Part B: Information about the Nominee (lengkap dengan gambar berukuran 4cm x 3 cm)
-       Declaration of desired University placement.
-       Research and Career Plan.
v. Salinan Ijazah (dalam Bahasa Inggeris);
vi. Salinan Pasport;
vii. Salinan Kad Pengenalan; dan
viii. Salinan pencapaian TOEFL/IELTS/CEFRL (sekiranya ada).

Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2019 (Selasa) pukul 5.00 petang kepada:

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Noor Azimah binti Bajuri
     
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Cik Aziela Binti Shaarani

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan pegawai berikut:

Nama             :           Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
No. Tel.          :           03-88721514
E-mel              :           wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

Nama             :           Puan Noor Azimah binti Bajuri
No. Tel.          :           03-88847944
E-mel              :           noor@moe.gov.my

Nama             :           Cik Aziela Binti Shaarani
No. Tel.          :           03-8884 1237
E-mel              :           aziela@moe.gov.my

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP