Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019


Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019 merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi/produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain. Penganjuran Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Malaysia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka dan kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dihadkan kepada dua (2) hingga lima (5) orang sahaja.
Penyertaan adalah secara dalam talian terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu:

- Kategori 1 : Sektor Awam
- Kategori 2 : Universiti dan Industri
- Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah

Penggunaan set Data Terbuka daripada Portal Data Terbuka (https://www.data.gov.my) bagi pembangunan aplikasi/produk adalah MANDATORI. Set data dari sumber lain adalah digalakkan.
Tema pertandingan adalah “Innovation for Wellbeing”. Peserta boleh membangunkan aplikasi/produk data berdasarkan salah satu atau kombinasi daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) iaitu agenda global yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti berikut:
  • No Poverty
  • Zero Hunger
  • Good Health and Well-Being
  • Quality Education
  • Gender Equality
  • Clean Water and Sanitation
  • Affordable and Clean Energy
  • Decent Work and Economic Growth
  • Industry, Innovation and Infrastructure
  • Reduced Inequality
  • Sustainable Cities and Communities
  • Responsible Consumption and Production
Peserta hendaklah menyedia dan menghantar item-item berkaitan aplikasi/produk yang dibangunkan dan dimuat naik melalui Portal Hackathon Data Terbuka yang disediakan oleh pihak penganjur dalam tempoh 3 hingga 12 September 2019 (sehingga jam 12.00 malam). Laporan hendaklah menggunakan format yang disediakan oleh penganjur seperti berikut:
  1. Laporan Ringkas berkaitan aplikasi/produk data (dalam format Powerpoint) seperti di pautan
  2. URL aplikasi/produk data yang dibangunkan
  3. Senarai set data yang digunakan (set Data Terbuka dan set data daripada sumber lain
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut : https://hackathon.data.gov.my/register

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini bolehlah disalurkan kepada pegawai-pegawai berikut:

Nama : Puan Maziana Binti Abd Majid
No. Telefon : 03-88723039
E-mel : maziana@mampu.gov.my

Nama : Cik Nor Nasharyati Binti Nasir
No. Telefon : 03-88725170
E-mel : nasharyati@mampu.gov.my

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam