Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps). Bermula 1 Mei 2016, MPJBT telah melaksanakan medium pembayaran parkir secara kupon, SMS dan juga aplikasi mudah alih di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Universiti,Taman Bukit Indah, Taman Nusa Bistari. Bagi lain-lain kawasan, perlaksanaan sistem ini akan dijalankan secara berperingkat, dimana sistem kupon masih digunakan. Aku terus donlod apps dia. Lebih mudah kan. Hehehe

* Tempat letak kereta adalah PERCUMA melalui pembayaran secara SMS dan Apps sepanjang tempoh percubaan 1-14 Mei 2016 bagi pengguna CELCOM SHJ. Sedih weh bagi kat celcom aje. huhuhu. Waktu Operasi sama macam biasa, setiap hari kecuali hari Jumaat dan cuti umum, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Kadar Bayaran:
½ jam = RM0.40
1 jam = RM0.60

Penggunaan SMS:

1- Pengguna menghantar SMS:
Kod Negeri (J) & Tempoh (30minit, 1-10 jam) No. Plat Kenderaan No. Petak Parkir dan hantar ke 2028
2- Contoh: J30 JHR3700 5AAA1

Penggunaan Aplikasi Mudah Alih:

1- Aplikasi boleh didapati di Appstore atau Playstore dengan carian “SMSParkir”
2- Pembayaran boleh dilakukan samada melalui caj kredit telefon atau e-wallet dengan melengkapkan maklumat No. Kenderaan, No. Petak Parkir, tempoh masa serta rangkaian telekomunikasi di aplikasi mudah alih tersebut.

Penggunaan Kupon:

1- Mempamerkan kupon parkir yang diperolehi di Ibu Pejabat, Cawangan serta kaunter bergerak MPJBT.

2- Kupon juga boleh didapati Melalui anggota penguatkuasa parkir dan agen jualan yang akan dikemaskini di papan tanda zon berkupon, laman web, media cetak dan elektronik.

Pas Bulanan:

1- Kadar bayaran adalah RM100 bagi tempoh sebulan.
2- Hanya boleh digunakan di dalam kawasan MPJBT.

Aduan dan pertanyaan:

Zen Trillion Sdn Bhd,
401-403 Industrial Building Centre, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Johor Bahru, Johor.
Tel: 019-720 0241

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)
jumpa pun

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)
maklumat yang disertakan

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)
quite ok la. saiz kecik je

Sistem Letak Kereta MPJBT (Kupon, SMS dan Apps)
boleh pilih max 10 jam


--- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam