PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC)

PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC)

PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC). Inisiatif NBOSC ini  mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). NBOSC kategori Perkhidmatan Awam juga membuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta. Hadiah wang tunai melebihi RM100,000.00 ditawarkan kepada para pemenang termasuk RM50,000.00 Dana Permulaan untuk pemenang tempat pertama Agensi Pelaksana yang berkaitan.

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang www.nboscompetition.my. Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini, anda boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i.                    Puan Salmiza Shahriman | salmiza.shah@jpa.gov.my  | 03-8885 3842; atau
ii.                  Cik Joana Ajadap | joana.ajadap@jpa.gov.my  | 03-8885 3849

3 kategori dipertandingkan :

PERKHIDMATAN AWAM Idea-idea terbaik bagi penyampaian Perkhidmatan Awam yang dapat memberi impak positif kepada kehidupan rakyat. Perkhidmatan awam secara amnya merangkumi semua kementerian, agensi dan entiti di peringkat persekutuan, negeri dan bandar. Pilihlah kategori ini sekiranya anda mempunyai idea-idea lautan biru yang kreatif untuk transformasi perkhidmatan awam Malaysia. Kerajaan telah menerima pakai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan mengalu-alukan idea-idea kreatif dan inovatif dalam lima bidang fokus berikut: penyampaian perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan perumahan dan kerajaan tempatan, kawalan harga barangan dan perkhidmatan, sumber asli dan alam sekitar, pendidikan dan pembelajaran.

KEUSAHAWANAN SOSIAL Idea-idea Keusahawanan untuk menangani isu sosial atau persekitaran. Perusahaan sosial adalah sebuah organisasi yang mencapai misi sosial dengan menggunakan model perniagaan yang mampan, dengan menggabungkan unsur-unsur kedua-dua badan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat komersil. Pilihlah kategori ini sekiranya anda mempunyai idea lautan biru kreatif dengan penyelesaian yang mampan untuk menyelesaikan masalah masyarakat di Malaysia. Terdapat empat bidang fokus yang menjadi tumpuan bagi idea dalam kategori keusahawanan sosial: khidmat kesihatan, persekitaran, pendidikan dan bekalan tenaga.

KEUSAHAWANAN KOMERSIL Idea-idea untuk memperhebatkan aktiviti perniagaan Malaysia ke arah kesejahteraan rakyat. Perusahaan komersil adalah sebuah organisasi yang menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama. Pilihlah kategori ini sekiranya anda mempunyai idea lautan biru kreatif untuk perniagaan atau perusahaan komersil swasta di Malaysia. Terdapat tiga bidang fokus yang luas untuk idea-idea dalam kategori ini: sektor perkhidmatan, pembuatan atau pertanian.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam