Kembara Mahkota Johor 2016 - Laluan dan aturcara

Kembara Mahkota Johor 2016 - Laluan dan aturcara

Kembara Mahkota Johor 2016 - Laluan dan aturcara. Kembara Mahkota Johor (KMJ) adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda. KMJ kali ini akan berlangsung dari 14 sehingga 17 Mei 2016, dengan jumlah keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor 2016 adalah sejauh 842 kilometer.

Bagi KMJ edisi ini, Tuanku bakal merentasi 10 daerah dengan jarak sejauh 842 km dengan memandu Trak Mack diiringi 2 trak Mack lain, 2 buah bas, 35 motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan 10 pacuan 4WD. Lokasi Mula bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari Sabtu, 14 Mei 2016 dan lokasi berakhir di R&R Pandan, Lebuhraya EDL pada hari Selasa, 17 Mei 2016.

Hari Pertama
Sabtu 14 Mei 2016
Jarak 246 km

  • Dataran Bandaraya Johor Bahru - Majlis Pelepasan
  • Gerai Majlis Daerah, Kulai
  • Felda Inas, Kulai
  • Kampung Lukut, Kota Tinggi - Makan tengahari
  • Legaran Tanah Putih, Kampung Sentosa Sedili, Kota Tinggi
  • Tenggaroh 6, Mersing
  • Taman Wawasan, Mersing
  • Kem Iskandar, Mersing - Bermalam

Hari Kedua
Ahad 15 Mei 2016
Jarak 242 km

  • Muzium Mersing - Majlis pelepasan
  • Nitar 2, Mersing
  • Dataran Kahang, Kluang
  • Persiaran Dato Haji Ismail Hassan, Kluang - Makan tengahari
  • Padang Awam Chaah, Segamat
  • Taman Yayasan, Segamat
  • Pusat Latihan Polis, Batu Anam, Segamat - Bermalam
Hari Ketiga
Isnin 16 Mei 2016
Jarak 206 km

  • PULAPOL, Segamat - Majlis Pelepasan
  • Padang Awam Jementah, Segamat
  • Felda Sri Ledang, Tangkak
  • Bukit Gambir Supporters Hub, Tangkak
  • Parit Bakar, Muar
  • Kolam air Panas Sungai Gersik, Sungai Balang, Muar - Makan tengahari
  • Maktab Rendah Sains Mara, Batu Pahat
  • Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Batu Pahat
  • Kem 10 RAMD, Batu Pahat - Bermalam
Hari Keempat
Selasa 17 Mei 2016
Jarak 148 km

  • Kem 10 RAMD, Batu Pahat - Majlis Pelepasan
  • Pekan Rengit, Batu Pahat
  • Dataran Dato' Jalok, Benut, Pontian
  • Kampung Baru Orang Asli Kuala Benut, Pontian
  • Pusat Perdagangan, Bandar Baru, Pontian - Makan tengahari
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • R&R Pandan, EDL, Johor Bahru - Majlis Penutup
---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP